Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Friday, January 14, 2011

The Wedding Present

2010 yang lalu tak menyaksikan banyak sangat perkara yang best berlaku...oh, maybe the most memorable moment of 2010 was when our national football team won the Suzuki AFF cup. WOAHHH!!! Best giler waktu tu...tengok bola macam tengah tengok orang nak serang Israel. Aku melompat-lompat macam orang overdose makan ectasy. Tahniah skuad bimbingan Rajagopal..memang raja bola..

Actually, that's not the main topic here. Sekarang aku nak bercerite pasal hadiah kahwin. Hahah...bukan sebab aku nak kahwin atau aku nak berniaga hadiah kahwin. Sebab utama tiba-tiba topik ni aku nak share malam ni sebab tahun ni, ramai jugaklah kawan2 aku nak mendirikan masjid. Masjid ape? Bukan masjid Putrajaya atau Masjid Kristal tetapi masjid rumah tangga. Kiranya diorang suma nak throw out their soul into a marriage life...WHOAA...takot je bunyinyer..tapi takpelah..bukan aku yang kawin, kawan2 akulah. Aku cuma nak list-kan beberapa jenis hadiah kahwin yg boleh dibagi..dari yg harga murah sampai harga yang boleh buat korang nganga sampai rahang cium tar jalan. So, sbb aku tau aku ni tergolong dlm golongan;

  • Masih belajar
  • Masih bergantung duit elaun MARA (pinjaman lak tu...nsib baik aku ni layaklah jugak nak mohon bayr balik separuh..hih)
  • Mak bapak hulur duit....aku amek
  • Hutang keliling pinggang (belum kojo lg pon dah tup2 ado utang lobih sepuloh ribu..haiyoo!)
  • Tiap2 ari fikir mcm mane nak korek duit....takde hujan
Aku pham perasaan korang yg jgak dilema nak beli adiah kahwin tuk kawan2 korg (kalaulah)....so, kat sini aku nak kongsi2 skit idea dari kepala aku ni ha....mana yang korang mampu je nanti korang buat adiah, toksah nak eksyen konon2 banyak duit, tapi balik makan megi....check this out!

1.Duit / Money

Ni kalau korang dah tahap nak hantuk kepala kat dinding sbb dah tak tau sangat nak bagi apa, lagi2 kalau bakal pengantin tu dua2 ekor high taste-nyer orang, korang bagi jelah duit terus kat dia. memang kita datang kenduri kahwin akan bagi duit dekat tuan rumahkan, tp itu lain criter. Korang bagilah duit bpe yang mampu..RM1 pon bolelah asalkan korang balut cecantik dengan wrapper pastu letak dlm kotak kecik. Dekat kotak tu tulis ucapan dekat bride and groom - "Gunekan duit ini untuk beli adiah yg anda suka" - Kalau RM1 pon paling koman pengantin boleh beli pisang goreng atau jambu seplastik letak skit asam boi

2. Tuala / Towel / Kensal

Orang nogori selalu panggil tuala sebagai kensal..hehhe...ha, yang ni pon oke gak..macam2 warna ada. yang daripada jenis mcm bulu idung manusia sampailah yang bulu gebu2 macam bulu singa utara. Murah pon murah. Beli je dekat pasaraya yang jual dengan harga yang berpatutan macam Pusat Pakaian Hari2, keluargaku dan Mydin...nak lagi best, korang rekalah tuala tu jadi mcm2 bentuk macam hantaran kahwin tu...nak belit2 tuala tu jadi buah tembikai ke, kucing ke..atau nak campak je dalam plastik beg pon oke gak...sbb nanti pengantin akan buka tuala tu and lap kaki dia jugak

3. Alas kaki dan Karpet

Toksahlah pegi beli karpet bulu kamping made from Italy dekat Udani Carpet tu....pergi je dekat kedai2 karpet biasa....takpon, kalau kawasan umah korang ada bangla jual karpet yang naik keta kancil ke, motor ke atau yang suka junjung2 karpet atas kepala tu, korang beli je. Tapi biasanyer harga dia boleh tahan jgaklah kecuali yang jenis saiz kecik muat untuk korang swoh seekor kambing baring je..tp itu pon kira orait lah,..dpt dlm area RM 30 ke bwh ke....takpon alas kaki....beli je alas kaki banyak..yang RM 10 ade 3 tu ke...beli yang cantik2 walopun alas kaki tu akan bakal jadi alas kaki kepam jugak

4. Set cawan, mangkuk, pinggan



Ni dekat parkson pon boleh dapat yang murah2...ade paling murah RM15 boleh dapat set 6 cawan tuh....banyaklah range harga..pandai2 lah pilih..tak payahlah pilih yang mahal...nanti, kot2 si pasangan pengantin baru dok syok bergurau senda di dapor sambil basuh pinggan, tak pasal2 ada yang longgar tangan terjatuh pulak cawan adiah ke lantai, dah pecah...kan sayang gtu. bagus bg diorang benda2 mcm ni sbb ape, bekalan untuk kemudian ari. Tak caye tanya mak aku, umah aku boleh tahan lah BETAPA BANYAKNYER PINGGAN CAWANNYE sampai mak aku da boleh jadi ejen pinjam meminjam pinggan mangkuk dekat kawan2 dia..nak kenduri senang. Kalau nak lagi jimat, bagi adiah pinggan, mangkuk, cawan dan sudu plastik. Mane tau pengantin boleh guna waktu sambut harijadi bakal anak diorang nanti. Dah jimat duit korang dengan duit2 diorang sekali.

5. Bedsheet 


Yang ni memang baguih dok ada. Kalau korang mampu, beli yang satu set sekali dengan comforter tu. harga dia pon ada yang murah sampai harga melambung ke langit. Suka hatilah korang nak beli corak apa2 pon janji janganlah beli yang warna plain...mcam cadar asrama daa. tapi janganlah pergi beli Single bed size...nama pon nak bagi dekat orang kahwin, lainlah kalau korang nak adiahkan anak sedara korang yg nak masuk asrama ke. Tu pon kalau korang bagi anak sedare korang cadar tu, sah2 tak boleh pakai kat asrama. Alih2 warden amek buat balut tilam anak diorg.

6. Ubat @ Minuman Kurus Badan

Hohoho...lepas kahwin, kemungkinan pengantin2 kita yang slim shady dan gagah perkasa ni akan mengalami frasa pertambahan berat badan. Sama ada si isteri yang dah hilang shape atau suami yang dah buncit macam mengandung kembar lapan. So, bila korang bagi benda2 ni macam yang paling fofuler tu, JUS MATE 5 doktor Rozmey tu....(2 alam betulll...), sekurang2 nyer diorang macam tersedar lah juga pasal kebarangkalian diorang akan transform daripada mangga jadi tembikai. Mana tau. lagi 10 tahun kalau diorg tiba2 dah chubby, bukak pulak kabinet dapur...nampaklah JUS MATE 5 adiah korang tu..apa lagi, minumlah si suami atau si isteri....alih2 lepas minum pengsan sebb JUS MATE 5 dah expired...hahaha..Tapi jus ni mahal..so nak murah..beli je TEH ORANG KAMPUNG...(baik aku je yang minum bagi kurang skit lemak2 cumil kat badan aku)

7. Frame gambar



Sekarang dah mcam2 jenis frame. Yang satu frame tu boleh letak sampai sepuluh gambar pon ader. Korang beli je yang ni, murah pon ade, mahal pon ader. Kalau nak lagi dramatik, korang letak awal2 gambar korang dekat frame tu.....bolelah pengantin ingat dekat korang selalu. Kalau pengantin buang gambar korang, renyuk2kan dan lepastu campak dalam tong sampah pon korang mana tau kan?? Sekurang2 nyer korang dapatlah interframe skit waktu pengantin buat sesi buka hadiah depan family. Sah2 suma ahli keluarga pengantin duk tengok gambar korang sambil kutuk2.

8. Jam loceng

Biasalah orang baru kahwin ni dia lain sikit. Suasana dah lain. Dulu tidur sorang, tak pon tidur dengan adik atau pon tidur dengan kucing belang. Sekarang dah tidur dengan suami atau isteri. Ada tu sampai insomnia sebab susah nak tidur...dah dekat Subuh barulah mata tu nak lelap.....baru lelap tetiba dah azan. Ada tu pulak tidur terlampau lena sebab ade orang tersayang tolong dodoikan lagu Mary Had A Little Lamb ke....lagu Pok2 Amai2 ke.....so, bagi jam loceng. Bagi diorang ni sedar sikit pagi2. kalau boleh  sebelum balut, dah siap set jam tu nak berbunyi pkul bpe. Mane tau, malam tu kalau pengantin tak buka lagi hadiah, pagi tu korang dah tolong kejutkan diorang...lagi best kunci jam pkul 3 pagi. Esok pagi confirm pengantin call korang untuk sumpah seranah.

Aku banyak lagi list adiah yang harga berpatutan dan mampu di beli oleh orang sengkek. Tapi tak macam mati pulak sume nak letak dekat sini...Aku baru teringat, kalau korang nak bagi pengantin baju tidur pon okey jgak..berlambak je baju tidur jual sekrang. Belilah yang gambar kartun ke. baju pijama ke, baju kelawar ke...ataupon kain pelekat ke (bju tidur orang jantanlah tu kan??)...hhahah...kalau korang jahat, belilah baju tidur seksi...mesti pengantin perempuan terlampau malu waktu bukak hadiah tu sampai lari keluar rumah dan terus main bunag api. (Tu malu ke, petanda suke?)...Apa2 pun...janji ikhlas kawan. Kepada yang nak kahwin, selamat berkahwin...dan yang dah kahwin..selamat dalam perkahwinan anda..ADIOS AKU BERAMBOS!

No comments:

Post a Comment

Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~

There was an error in this gadget