Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Sunday, January 30, 2011

Jenis2 Penyakit Kronik Orang Perempuan

Hola Mi Amor!!...Dah berzaman aku tak update2 blog aku yang biasa lagi sederhana ini. Entah kenapa perasaan tidak berperasaan untuk berblog tu menyerang seluruh urat saraf dalam badan dan hari ini aku gagahkan jua hati dan nurani tuk tulis entry baru walaupun aku tahu 0.01% je blogger kat Malaysia ni yang sudi baca blog aku ni.Last but not least, thank you very much, gracias muchos, arigatogozaimas dan terima kasih kepada semua insan yang sudi singgah2, blogwalking dan follow blog aku..TRIMAS!

So, hari ini aku nak bincang2 petang pulak pasal jenis2 penyakit yang selalu menyerang, menghinggap atau dihidapi kaum2 perempuan. MAYBE perempuan2 dekat Malaysia je kot yang suka menjerumuskan diri diorang atau tak sengaja terjerumus dengan penyakit2 yang aku nak senaraikan ni..Ladies and gentleman, check this out! (mcm Ryan Seacrest daa!)

1. Penyakit Senggugut

Ha, ni kalau orang laki tak tahu jugak apakah senggugut tu memang aku gigit je lah telinga tu...auwww. Biasalah, perempuan + senggugut = jangan kacau perempuan itu. Bagi semua kaum2 lelaki, senggugut ni MEMANG SAKIT WA CAKAP LU. Kat dunia ni, sakit nak mati tu memang champion carta sakit yang paling sakit (ayat berbelit), sakit gigi pulak jadi no 2, lepas tu sakit nak bersalin. So, aku boleh cakaplah senggugut ni di kedudukan tempat ke-4 dalam carta sakit2 ni. Bolehlah anda2 semua bayangkan betapa sakitnya waktu senggugut ni sebb bila senggugut je, biasanya perempuan akan rasa macam nak hantuk kepala kat dinding atau nak baring je tak bangun2. Tak semua perempuan setiap bulan dapat penyakit ni, ada yang kene sekali je seumur hidup, jarang2 kena, kadang2 kena atau tak pernah kena langsung (tu maybe kategori senggugut time nak menopaus je kot). So, kalau anda orang lelaki yang baik, bolehlah beli ponstan (mefenamic acid) iaitu sejenis painkiller. Mana tau kalau tengah syok tunggu bas, tiba2 awek cun kat sebelah anda dah guling2 kat jalan sebab senggugut, korang boleh bagi ponstan tu. Mungkin korang boleh berchenta lepas tu. Sambil menyelam minum air bro!

2. Penyakit Cemburu

Semua manusia anda perasaan cemburu. Kejadian Ilahi tetapi level cemburu je berbeda-beda kok! Bagi aku, aku tak nafikan perempuan ni cemburu die UP sikit daripada kaum Adam. Macam cemburu tu teman tapi mesra orang perempuanlah gitu. Cemburu tu tandanya sayang tapi kalau dah tahap melampau sampai BOyfriend atau Husband pergi melabur saham (maksud aku pergi berhadas besar @ buang air besar ) dekat jamban belakang rumah pon dah suspicious memanjang, tu memang parah tu. Selain tu, perempuan pon kuat cemburu dengan kawan2 dia orang jugak. Lagi2 kalau kawan dia orang tu sentiasa lagi atas daripada dia orang. Kalau cemburu yang positif tu kira okay lah. Kalau dah tahap nak simbah asid ke, cuka getah ke atau nak upah orang pergi bunuh orang yang dia orang cemburu tu, itu memang perempuan itu sepatutnya yang patut dibunuh dulu. Kadang2, dengan adik kecik pon dia orang cemburu. Tu bukan cemburu buta tapi takde otak punya cemburu.

3. Penyakit Terlampau Takut Badan Jadi Belon

Ha...ha..walaupun aku ni adalah kategori perempuan yang belum ada kesedaran diri lagi dalam misi untuk mendapatkan berat badan ideal tetapi aku tahu ini adalah salah satu penyakit popular orang perempuan. Memang bagus pon jaga badan ni, jaga makan, bersenam selalu untuk sihat sampai anak cucu (walaupun aku ni nak joging belakang rumah pon malas). Kadang-kadang, ada teman lelaki @ husband yang memang hobi dia MAKAN tetapi bengang pulak dengan kekasih hati @ isteri tercinta yang asyik diet dan control makan tak bertempat. Memang ada perempuan sejak azali tak kuat makan, so jangan paksa-paksa diaorang makan jugak kalau tak usus kecil diaorang boleh meletop! So, kalau dapat gilfren yang badan macam model victoria secret tu (adrianna lima ke), paham2 lah kalau diaorang lebih prefer makan steam bot daripada ayam goreng KFC. Tetapi bagi kaum perempuan, kadang2 tu janganlah terlampau sekat makan, makan perlu juga untuk hidup just pandai2 koranglah control sendiri.

4. Penyakit Suka Bercakap / Membebel

Aku pon dalam kategori macam ni. Selalunya tambah lagi satu side penyakit iaitu dah lah suka bercakap, volume percakapan pon macam pakai microphone karaoke. Selalunya perempuan yang dah jadi 'mak-mak' yang dah kena penyakit macam ni walaupun zaman sekarang perempuan yang 'anak-anak dara' pon berleter mengalahkan Azwan Haji Ali. Kepada perempuan yang dah lama menyandang gelaran 'Joyah Kepoh', 'Mak Joyah' atau apa2 lah gelaran yang berkaitan, kadang2 kita pandai2 lah kawal diri. Kalau terlampau suka sangat membebel, bantah cakap orang tua ke, takut nanti tiba2 mulut kau orang kena sumpah jadi tempayan. Elok juga suka bercakap ni, memeriahkan suasana dan boleh buat perbincangan jadi hangat dan panas serta mantap tapi kalau dah meleret2 sampai boleh buat orang yang dengar tu taik telinga dia meleleh, bawak2 lah bertenang sebelum kau orang kena tendang!

5. Penyakit Lebihan Air Mata

Janganlah tension kalau perempuan ni mudah sangat menangis. Kamikan kaum yang berhati lembut, suci, rapuh dan mudah tersentuh. Lagipun, kadang2 tu perempuan pun bengang jugak bila asyik dilabel minah 'cengeng'. Kita orang pun tak dapak nak kawal empangan air mata ini pecah sebab tanpa amaran atau warning, tiba-tiba sahaja percuma je air mata nak turun. Lagipun bagus apa selalu menangis, boleh buang habuk...ha...ha.. Air mata tu fungsinya nak cuci mata gak. So, orang lelaki jangan malu-malu nak menangis walaupun kau orang memang sangat buruk jika menangis. Jangan menangis merengek-rengek atau melalak-lalak sambil guling2 kat tanahlah. Cuba menangis sambil ketawa, sure korang akan penat dan lastly ambil keputusan untuk stop crying on the spot.
Lagi satu, tolonglah jangan menangis sambil mengilai-ngilai, nanti jiran sebelah rumah ingat si Mariam pontianak harum sundal malam yang datang..seram wehh!

Banyak lagilah penyakit orang perempuan ni, itu tak campur dari segi perubatan punya penyakit macam kanser payudara ke, kanser rahim ke or kanser servik. Next time kalau aku ada idea dan dapat mengatasi rasa malas aku ni, aku merepeklah lagi pasal benda ni. BYE

ADIOS AKU BERAMBUS

Monday, January 17, 2011

Apa Nak Buat Jika Teman Lelaki Anda Miang Tahap Keladi Bunting

Kecik2 da miang~

     Lelaki = miang. Tapi kepada semua lelaki di Malaysia, tolong jangan boikot aku atau upah samseng untuk serang aku ke sbb aku tau TAK SEMUA LELAKI KAT DUNIA NI MIANG! (harap2 kaum lelaki berpuas hatilah...perempuan pun ade gak miang..hehhee). Baiklah, untuk nampak adil supaya korang tak rasa aku ni seksis ke, anti lelaki ke, perkauman dari segi jantina ke atau lebih teruk lagi kalau korang cakap aku ni suka kaum sejenis ke, aku nak state yang semua manusia tak kira perempuan atau lelaki, masing2 ada golongan yang tahap gatal dia lain macam sikit. Aku pernah dengar, kawan2 aku cakap, orang yang gatal dan miang dia lain macam sikit ni kecik2 dulu tak sunat....ye ke??He..he..serem aja bunyinya.

     Kat sini nak kongsi sikit cara2 kaum perempuan nak menghadapi teman lelaki atau kawan lelaki atau mane2 sahaja lelaki yang cuba2 nak menggatal dekat korang. Bukan aku tak nak kongsi cara untuk lelaki mengatasi teman perempuan yang gatal tetapi sebagai kaum yang gagah, ada 9 akal, kuat, tulang besi urat dawai dan bersuare garau...korang takkanlah tak boleh nak atasi masalah kici saja ini kan. Korang cuma kene kawal nafsu korang sendiri je tapi kalau perempuan yang menghadapi situasi cemas dan rimas tahap tengkuk berbulu lebat ni, banyak benda yang perempuan kene atsi...lelaki 9 akal 1 nafsu...tapi nafsu yang stu tu adalah Sultan segala nafsu..memang kalau lelaki tak di kawal nafsunyer yang stu sahaja tu, Jin ifrit pon bole sembah diorang siap sujud cium kuku kaki lagi. Takot tak kaum perempuan? Takutkan...so, kalau takot..meh skodeng apa yang patot buat kalau kaum berkromosom XY ni start nak jadi bagero....tak kisahlah kat maner pon

1. Tembak dia dengan ayat power korang

    Tak semua couple suka pegang2 kan? Yang memang jaga diri daripada mengamalkan konsep touch n go tu memang wa tabik sama lu oranglah. Tapi kadang2, sebelah pihak je yang paham bahasa, yang sebelah pihak lagi, buat2 pekakkan telinga. Naik jenuh gak awek2 cun bgtau abg2 sayang..."Jangan pegang tangan ek"..."Jangan peluk2 ek"...."Jangan cium2 ek"...tapi nampaknya kaum lelaki yg tak paham bahasa Melayu bahasa ibunda tu tetap nak naik tocang gak. So, kalau pakwe korang tangan dia dah gerak mcm treler 16 tayar, korang bg je sedas ayat2 cmni ;

  • Saya ada pisau pemotong daging kobau dan ada sebotol cuka getah 120 ml....awak pilih yang mane stu awak nak....kalo nak pisau, saya potong tangan tu kasi putus...kalo nak cuka getah, saya simbah tangan tu bagi cacat herot berot...pilihan di tangan anda
atau

  • Bapak saya mula belajar silat sejak umur 6 tahun dan die dah sampai level yang mana setakat ni semua yang lawan silat dengan dia kojol sampai koma 2 bulan. Yang idop pon adalah dalam 10% tapi tu pon dapat kecacatan kekal macam kepala teleng takpun lutut terpusing kat belakang. Lagi stu, dia ada pedang samurai yang dibeli melalui E-bay (chewah!)...tiap2 hari dia asah bagi tajam...abang saya tersepak pedang tu, kene 50 jahitan dekat kaki...haru tak??

atau

  • Kalau masuk neraka, tangan awak tu nanti kene salai macam ayam barbeque tau sebab tak gheti2 nak duduk diam...cube letak tangan awak tu dlm poket..bg die berehat...take a nap ke..dapat gak pahala tangan tu...
2. Bukak langkah

    Kadang2..bila dah sound dengan mcm2 ayat pedas tahap cili padi, diorang ni bo-layan gak. Makin menjadi2 plak tangan dia.....meluncur laju ibarat bas Ekspres Transnasional membelah lebuh raya utara selatan. Jadi korang sepatotnya kena lebih dramatik dengan membukak langkah...iaitu...bukak langkah silat ke, karate ke, judo ke atau langkah tomoi...dan kalau korang memang tak pernah langsung belajar seni lawan melawan sampai patah tengkuk ni, korang cipta je seni mempertahankan diri korang sendiri...contohnyer siap2 kan stu botol penyembur yang dlm nyer korg isi lah cili api yang di blender sekali dengan lada hitam..letak air skit...bru syok nak sembur2....kalau die pakai spek...sembur kat lubang idung..konfirm idung die bengkak cam idung gorilla...kalau semua tu tak jalan..korang bukak langkah seribu..zoommmm!!!!!!...

3. Pakai bju cukup kain

    Perempuan adalah ciptaan Allah S.W.T yang indah....keindahan yang buat lelaki boleh tukar identiti jadi jantan durjana. Jadi sebagai insan bernama wanita, pandai2 lah jaga perhiasan anda masing2....tutup2 elok2...mcm korang tutup lauk asam pedas atas meja makan dengan tudung saji..kalau lauk tu tak ditutup, banyaklah lalat busuk dan pengotor die tahap karma ke 8 datang nak menghinggap asam pedas yang terangkat habis tu. Bayangkanlah korang mcm asam pedas yang terdedah, banyak giler lalat datang nak hinggap...dah lah bru hinggap kat tahi lembu, pegi pulak landing kat asam pedas tu..tak ke kotor, jijik lagi memualkan tekak dan telinga? Aku taklah suruh pakai baju besi atau baju jubah itam Darth Vader tu ke...tapi aku suruh tutup apa yang Allah S.W.T suruh tutuplah. Pandai2 lah pilih baju...takkan nak pakai bju cam Lady Gaga plak atau macam nak pergi bersumo...Even, yang pakai jubah n baju kurung pon kene raba...hushhhh...


4. Keluar ber3, ber4 dan seterusnya

    Ni yang seeloknyer lah...lagi2 yang baru first time ngedate ke...bawaklah geng sekali. Bawak best friend ke, adik ke, sepupu ke...tapi kalau nak protection yang mantop meletopp...ajak bapak korang teman kan korang...hah, tak macam gempaklah pulakkan tetapi kesianlah pulak abg sayang korang, awal2 dah kene ngadap bakal mentua...huhuhu.. Kadang2 bila kita tak kenal lagi someone tu, kita tak tahu perangai dia...kalau dia nampak kita datang berteman tu, harap2 dia pahamlah kita jenis macam mane kan. Dah kalau ngedate pon bawak adik ke, kawan ke...kalau dia nak lebih2 pon dia pandai2 sndriklah ingat....

5. Lontarkan suara anda

    Ni yang paling drastik sekali. Buat sesiapa yang pakwe dia memang tak makan saman trafik langsung...korang jerit je kuat2. kalau dia meraba dalam wayang, korang jerit je kuat2 biar sampai semua orang kat wayang tu marah dan baling korang dengan popcorn....jerit je...malulah mamat miang kalau korang tetibe jerit terpekik terlolong macam pinggang tergeliat tu..siap2 aribulan, diorang terus lari tinggalkan korang...clash terus..lagi bagus, toksah korang nak bazirkan masa berchenta ngan manusia tak gheti2 hukum alam. Pitching suare lari tak ape..aslkan mesej anda sampai yup...

Tu je yang aku terpikir setakat ni...aku harap takde lah pihak yang marah atau berdendam kesumat dengan aku. Aku bukan nak hentam kaum adam tetapi ini sebagai maklumat yang nak dikongsi..lagipon bukan semua kaum adam tangan suka menjalar macam paku pakis kan??..huhuhu...kepada anda2 yang sedang di alam perchentaan ini, pandai2 lah jaga diri...kalau dah tak tahan sangat nak pelok pasangan masing2..nikah je..becoz nikah - connecting people..SALAM

Friday, January 14, 2011

The Wedding Present

2010 yang lalu tak menyaksikan banyak sangat perkara yang best berlaku...oh, maybe the most memorable moment of 2010 was when our national football team won the Suzuki AFF cup. WOAHHH!!! Best giler waktu tu...tengok bola macam tengah tengok orang nak serang Israel. Aku melompat-lompat macam orang overdose makan ectasy. Tahniah skuad bimbingan Rajagopal..memang raja bola..

Actually, that's not the main topic here. Sekarang aku nak bercerite pasal hadiah kahwin. Hahah...bukan sebab aku nak kahwin atau aku nak berniaga hadiah kahwin. Sebab utama tiba-tiba topik ni aku nak share malam ni sebab tahun ni, ramai jugaklah kawan2 aku nak mendirikan masjid. Masjid ape? Bukan masjid Putrajaya atau Masjid Kristal tetapi masjid rumah tangga. Kiranya diorang suma nak throw out their soul into a marriage life...WHOAA...takot je bunyinyer..tapi takpelah..bukan aku yang kawin, kawan2 akulah. Aku cuma nak list-kan beberapa jenis hadiah kahwin yg boleh dibagi..dari yg harga murah sampai harga yang boleh buat korang nganga sampai rahang cium tar jalan. So, sbb aku tau aku ni tergolong dlm golongan;

  • Masih belajar
  • Masih bergantung duit elaun MARA (pinjaman lak tu...nsib baik aku ni layaklah jugak nak mohon bayr balik separuh..hih)
  • Mak bapak hulur duit....aku amek
  • Hutang keliling pinggang (belum kojo lg pon dah tup2 ado utang lobih sepuloh ribu..haiyoo!)
  • Tiap2 ari fikir mcm mane nak korek duit....takde hujan
Aku pham perasaan korang yg jgak dilema nak beli adiah kahwin tuk kawan2 korg (kalaulah)....so, kat sini aku nak kongsi2 skit idea dari kepala aku ni ha....mana yang korang mampu je nanti korang buat adiah, toksah nak eksyen konon2 banyak duit, tapi balik makan megi....check this out!

1.Duit / Money

Ni kalau korang dah tahap nak hantuk kepala kat dinding sbb dah tak tau sangat nak bagi apa, lagi2 kalau bakal pengantin tu dua2 ekor high taste-nyer orang, korang bagi jelah duit terus kat dia. memang kita datang kenduri kahwin akan bagi duit dekat tuan rumahkan, tp itu lain criter. Korang bagilah duit bpe yang mampu..RM1 pon bolelah asalkan korang balut cecantik dengan wrapper pastu letak dlm kotak kecik. Dekat kotak tu tulis ucapan dekat bride and groom - "Gunekan duit ini untuk beli adiah yg anda suka" - Kalau RM1 pon paling koman pengantin boleh beli pisang goreng atau jambu seplastik letak skit asam boi

2. Tuala / Towel / Kensal

Orang nogori selalu panggil tuala sebagai kensal..hehhe...ha, yang ni pon oke gak..macam2 warna ada. yang daripada jenis mcm bulu idung manusia sampailah yang bulu gebu2 macam bulu singa utara. Murah pon murah. Beli je dekat pasaraya yang jual dengan harga yang berpatutan macam Pusat Pakaian Hari2, keluargaku dan Mydin...nak lagi best, korang rekalah tuala tu jadi mcm2 bentuk macam hantaran kahwin tu...nak belit2 tuala tu jadi buah tembikai ke, kucing ke..atau nak campak je dalam plastik beg pon oke gak...sbb nanti pengantin akan buka tuala tu and lap kaki dia jugak

3. Alas kaki dan Karpet

Toksahlah pegi beli karpet bulu kamping made from Italy dekat Udani Carpet tu....pergi je dekat kedai2 karpet biasa....takpon, kalau kawasan umah korang ada bangla jual karpet yang naik keta kancil ke, motor ke atau yang suka junjung2 karpet atas kepala tu, korang beli je. Tapi biasanyer harga dia boleh tahan jgaklah kecuali yang jenis saiz kecik muat untuk korang swoh seekor kambing baring je..tp itu pon kira orait lah,..dpt dlm area RM 30 ke bwh ke....takpon alas kaki....beli je alas kaki banyak..yang RM 10 ade 3 tu ke...beli yang cantik2 walopun alas kaki tu akan bakal jadi alas kaki kepam jugak

4. Set cawan, mangkuk, pinggan



Ni dekat parkson pon boleh dapat yang murah2...ade paling murah RM15 boleh dapat set 6 cawan tuh....banyaklah range harga..pandai2 lah pilih..tak payahlah pilih yang mahal...nanti, kot2 si pasangan pengantin baru dok syok bergurau senda di dapor sambil basuh pinggan, tak pasal2 ada yang longgar tangan terjatuh pulak cawan adiah ke lantai, dah pecah...kan sayang gtu. bagus bg diorang benda2 mcm ni sbb ape, bekalan untuk kemudian ari. Tak caye tanya mak aku, umah aku boleh tahan lah BETAPA BANYAKNYER PINGGAN CAWANNYE sampai mak aku da boleh jadi ejen pinjam meminjam pinggan mangkuk dekat kawan2 dia..nak kenduri senang. Kalau nak lagi jimat, bagi adiah pinggan, mangkuk, cawan dan sudu plastik. Mane tau pengantin boleh guna waktu sambut harijadi bakal anak diorang nanti. Dah jimat duit korang dengan duit2 diorang sekali.

5. Bedsheet 


Yang ni memang baguih dok ada. Kalau korang mampu, beli yang satu set sekali dengan comforter tu. harga dia pon ada yang murah sampai harga melambung ke langit. Suka hatilah korang nak beli corak apa2 pon janji janganlah beli yang warna plain...mcam cadar asrama daa. tapi janganlah pergi beli Single bed size...nama pon nak bagi dekat orang kahwin, lainlah kalau korang nak adiahkan anak sedara korang yg nak masuk asrama ke. Tu pon kalau korang bagi anak sedare korang cadar tu, sah2 tak boleh pakai kat asrama. Alih2 warden amek buat balut tilam anak diorg.

6. Ubat @ Minuman Kurus Badan

Hohoho...lepas kahwin, kemungkinan pengantin2 kita yang slim shady dan gagah perkasa ni akan mengalami frasa pertambahan berat badan. Sama ada si isteri yang dah hilang shape atau suami yang dah buncit macam mengandung kembar lapan. So, bila korang bagi benda2 ni macam yang paling fofuler tu, JUS MATE 5 doktor Rozmey tu....(2 alam betulll...), sekurang2 nyer diorang macam tersedar lah juga pasal kebarangkalian diorang akan transform daripada mangga jadi tembikai. Mana tau. lagi 10 tahun kalau diorg tiba2 dah chubby, bukak pulak kabinet dapur...nampaklah JUS MATE 5 adiah korang tu..apa lagi, minumlah si suami atau si isteri....alih2 lepas minum pengsan sebb JUS MATE 5 dah expired...hahaha..Tapi jus ni mahal..so nak murah..beli je TEH ORANG KAMPUNG...(baik aku je yang minum bagi kurang skit lemak2 cumil kat badan aku)

7. Frame gambar



Sekarang dah mcam2 jenis frame. Yang satu frame tu boleh letak sampai sepuluh gambar pon ader. Korang beli je yang ni, murah pon ade, mahal pon ader. Kalau nak lagi dramatik, korang letak awal2 gambar korang dekat frame tu.....bolelah pengantin ingat dekat korang selalu. Kalau pengantin buang gambar korang, renyuk2kan dan lepastu campak dalam tong sampah pon korang mana tau kan?? Sekurang2 nyer korang dapatlah interframe skit waktu pengantin buat sesi buka hadiah depan family. Sah2 suma ahli keluarga pengantin duk tengok gambar korang sambil kutuk2.

8. Jam loceng

Biasalah orang baru kahwin ni dia lain sikit. Suasana dah lain. Dulu tidur sorang, tak pon tidur dengan adik atau pon tidur dengan kucing belang. Sekarang dah tidur dengan suami atau isteri. Ada tu sampai insomnia sebab susah nak tidur...dah dekat Subuh barulah mata tu nak lelap.....baru lelap tetiba dah azan. Ada tu pulak tidur terlampau lena sebab ade orang tersayang tolong dodoikan lagu Mary Had A Little Lamb ke....lagu Pok2 Amai2 ke.....so, bagi jam loceng. Bagi diorang ni sedar sikit pagi2. kalau boleh  sebelum balut, dah siap set jam tu nak berbunyi pkul bpe. Mane tau, malam tu kalau pengantin tak buka lagi hadiah, pagi tu korang dah tolong kejutkan diorang...lagi best kunci jam pkul 3 pagi. Esok pagi confirm pengantin call korang untuk sumpah seranah.

Aku banyak lagi list adiah yang harga berpatutan dan mampu di beli oleh orang sengkek. Tapi tak macam mati pulak sume nak letak dekat sini...Aku baru teringat, kalau korang nak bagi pengantin baju tidur pon okey jgak..berlambak je baju tidur jual sekrang. Belilah yang gambar kartun ke. baju pijama ke, baju kelawar ke...ataupon kain pelekat ke (bju tidur orang jantanlah tu kan??)...hhahah...kalau korang jahat, belilah baju tidur seksi...mesti pengantin perempuan terlampau malu waktu bukak hadiah tu sampai lari keluar rumah dan terus main bunag api. (Tu malu ke, petanda suke?)...Apa2 pun...janji ikhlas kawan. Kepada yang nak kahwin, selamat berkahwin...dan yang dah kahwin..selamat dalam perkahwinan anda..ADIOS AKU BERAMBOS!

Thursday, January 13, 2011

Carta Jejaka Pojaan Hatiku

Hola..nampaknya setakat ni..masih suam2 kuku lagi persekitaran blog aku tp takpe..sbb saya adalah insan yg think positive!!Ha..ha..ha..(kalau aku sedih pon..bukan boleh nampak pon aku menangih air mata darah kat sini.)

Okeh, entry ni nampak macam cantik tertarik ko memang da-boom tak??Tak? Ye? Suka hatilah nak rasa apekan tapi aku dengan rasa perasan dan besar hati nak kongsi carta most wanted ideal man in my life ni bg korg tengok supaya korg boleh cakap;
"Bapak perasan minah ni...aku punyer pakwe lagi ensem"
Sape yang cakap pakwe die lagi ensem dripada senarai aku ni, aku nak isytiharkan perang ngan dia..Ho..Ho..Ho..
Mempersembahkan...carta ngetop...jenis2 laki pojaan hatiku...(memang teruja ibarat pooja bhat teruja menari-nari dalam citer hindustan);


1. Mr Johnny Depp a.k.a Lanun gorgeous bermisai cabang


Ececece.....muka nak macho je...ahaks!

Warghhh...dia ni kalau tiba-tiba muncul depan mata, aku sanggup berlari pecut satu Malaysia.(walopun secara hakiki dan realiti tanpa dakwa-dakwi, aku lari 100m pun maleh). Walamakatak, ni brother dia punya macho level dia, macam dah atas2 sangat sampai dah tak terkate. Walopun abg Depp (chewah) berlakon hodoh mcm mane skalipon (nak jadi Edward Scissorhand ke, willy wonka mereng2 kuku ke) aku tetap syok kat ko smpai kutub utara nun. Aku rse dia ni sebenarnyer orang Melayu tapi dah kene laser ngan alien bertukar jadi omputih...(die pnah berlakon bertukar jd alien dlm cter Astronaut's Wife,giler kejam cter tue). Lastly, dia boleh buat aku menghidap hypertension (tekanan darah tinggi) kalau dia jeling2 kucing kat aku dan kalau dia kata kat aku; "I hate you,mad girl from nowhere!"......aku maybe akan carik2 mane2 planet lain kat galaksi Bima Sakti ni yang aku boleh hidop selepas menggalkan Bumi.


2. Mr Shah Rukh Khan a.k.a Hindustani mera Betacarotene!

Wah bhai!...pegi gym kat maner ni...abg muscle skit2

Namaste insp. Sahab! Kia hua? Anjali Rahul ki kaha...hahah...jangan gelak tapi pakcik kat atas ni memang feveret d'actor aku. Gila betul citer hindustan dulu, bukan aku je gila, akak aku yang 2 orang + anak sedare aku si Apis (waktu tu dia baru umor 4, 5 tahun mcam tu sampai kalau menangis mesti ayat ni ada dlm tangisan syahdu dia; "Kuch2 Hota Hai!Nak ibu2!")...dasyat gila penangan hindustan dalam idop aku dlu. Ktorg adik beradik sampai khatam cter Kuch2 Hotak Hang ngan Dilwali Dulhania Lejayenge dah berjuta2 kali sampai kalo ko swoh aku cakap dialog pelakon tambahan pon aku ingat,,,dululah.(Lebih baiklah aku khatamkan Al-Quran..insaf sikit). Bhai ni memg best berlakon, bagilah Hritik Roshan ke, Suhail Kapoor ke, Kritik Asam ke atau pun Surat Kapur Barus ke, bhai ni tetap paling best. Menari best, berlakon best, nyanyi miming pon mcm sore dia..Aku tak kesah lah die ni tak kenal aku ke tp apesallah die tak pi kawen je ngan Kajol??Baguih duk ada, macam cempedak dibelah dua. Tak kisahlah, janji ko bahgierlah bhai! Nsib baik akak2 aku dah kwen, kalo tak ada can jd abg ipar aku? Nak ke bhai? Stop mkn toosai, start makan belacan..heh!


3. Encik Ashraf Muslim a.k.a Ustaz Muda Bergaya
Bju melayu dah pkai...tinggal nak akad je lagi...hantaran kiter cter kemudian


Assalamualaikum En Ashraf Muslim. Ana Shaheeda. Sudikan anta nikah sama ana? (Gila rindu nak belajar bahasa Arab, walopun dlu setakat hafal grammar je,teringat Ust Hasif yg slalu suruh duduk bwh meja). Ni mamat, asyik berlakon jd ustaz je..hehhehe..memang sume mak2 mentua kat seluruh Malaysia ni dah masukkan nama dia ni dalam senarai Cari Menantu diorg. Sore lembut je tapi bukanlah nyah2 ke, apon ke, adik2 ke. Muka educated tambah pegi plak pkai spek yang aku tak taulah ade power ke tak(ntah2 ade laser cam Cyclops). Lagi best, mamat ni solo molo ye tuan2 dan puan2. Rase2 nyer, boleh tak dtg meminang aku lagi 5 tahun? Hantaran kiter cter kemudian. Jangan risau en Ashraf, mak saya sempoi, dia takkan mark up harga tinggi2 sebab mak saya dulu berniaga kedai makan je, bukan bisneswoman jual Udani carpet ke. So harga mesti berbaloi dan berpatutan..hahahha...dah lah nme Ashraf Muslim..sah2lah muslim..Islam..mak aku confirm ckp YES!!


Yes. itulah dia senarai setakat ni sebb aku banyak lagi jejaka idaman terhebat yang aku dah tak mampu nak letak sekrg sbb tahap ngantuk karma ke lapan....rse mcam ade langsir kat mata ni...lagipon tilam dah menyeru  aku suruh beradu..so, sampai sini jelah...esok2lah aku smbung lagi post perasan ni...another chapter coming soon!!

Wednesday, January 12, 2011

Afy Hanif

Aku tetibe rase teruje nak kenalkan afy hanif ni..tak tau apesal excited plak pasal die ni..dia ni bukan pakwe aku, nak kate bekas pakwe pon bukan...sebenarnyer afy hanif tu bukan manusia tapi janganlah pikir bukan2 pulak. Aku tkot ade pulak org pikir aku ni perempuan psiko yang ade imaginary boyfren ke...atau korg pikir aku ni suka berfantasi sendri (berangan tu memg sifat aku sbnarnyer...tp jgn pikir bukan2!)...hohoho...sebenarnyer si afy hanif ni jename sejenis pencuci lantai serai wangi produk tempatan gitu...eh, tapi aku bukan nak jual bende ni dan aku jugak bukan dealer mana2 jenis pencuci lantai sekalipun..ni sbnarnyer aku nak cter;

Lokasi: Dapur umah sewa (encik umah sewa yg separa kerek tp aritu aku terlanggar buntot keta die,,,mintak maaf pak!!)
Waktu: tengah malam sunyi sepi plus bunyi kucing gaduh skit2
Mangsa: Aku sendiri

Ceritanyer:

Bila tyme sejuk2 malam2 sunyi cmni, memang tekak tak pasal2 haus...tp tak silap aku, kalau malam2 sejuk org akan rasa nak terkencingkan? Tak kesah lah nak buat apa pun, yg pasti malam tu ketika housemates aku dah buat taik mata dan dah lame mimpi berlawan ngan Darth Vader, aku yg mcm kelawar ni pun pegilah dapur sebb nak bg tekak aku yg haus ni berenti jd haus...Tengah duk syok minum air masak,tetibe je aku mcam ade nampak satu kelibat hitam melintas depan aku...hushh..aku dah berdebar-debar...waktu2 macam ni, anda dilarang pandang belakang.

Sebab ape? Sebab kalau pandang jugak, dibuatnya kawan ko yang bertempek mukanya dengan bedak sejuk mcm plakon opera cina+pkai bju kelawar warna putih+rambut mcam lion king tetibe muncul pon kiter boleh pengsan 1 hari 1 malam....inikan pulak kalau mahkluk Tuhan lagi stu tu muncul...alamatnya koma terus. Tapi nsib baik aku tak cabot awal2 sbb kelibat hitam tu bukan benda2 angker yang boleh menyebabkan aku jadi tachycardia (jantung berdegup lebih laju daripada kadar normal/kebiasaannya). Rupa2nya mahkluk serangga perosak rupanya iaitu encik lipas. Rumah sewa aku ni memang lah bnyak lipas.

Aku apa lagi, capailah Ridsect (yg dibeli oleh housemate ku cik Azreen slim shady) dan terus aku semburkan racun serangga itu ke arah encik lipas. Tapi lepas kena sembur, lipas tu stil boleh lagi menari breakdance kat lantai dapor tu. Hairan aku. Dah sembur tapi tak mati2 jugak. Lepas tu aku teringat member aku si Azreen tu ada beli si Afy Hanif Pencuci Lantai Serai Wangi...nak dijadikan cerita, aku teringatlah ada org bagitau serai wangi boleh hapuskan lipas (dan2 je tyme tu aku teringat). Aku pon tak pkir panjang sembur je lipas durjana tu dengan si Afy Hanif ni. Aik??? 1, 2 semburan je encik lipas dah kembali ke alam barzakh dengan sempat buat backflip sebelum menghembuskan nafas terakhir. Gilalah. Sungguh berkesan..So, kesimpulannnya, beli je si Afy Hanif ni, lagi murah, lagi berbaloi.

Yang aku tunjuk ngan anak panah tulah penyelamat aku...beli weh, hidup Afy Hanif......sebagai pengguna...tunjukkan hak anda untuk memilih yang terbaik!!!(Ridsect tolong jangan saman aku)

At last!

Salam sejahtera ke atas kamu semua...Alhamdulillah...blog yang di idam-idamkan akhirnya SIAP!!..segala penat lelah plus peluh berjurai-jurai mengalir walopun kipas speed smpai 5 atas kepale berbaloi gak, hampir lebih daripada 100 hari aku telah berusaha membina blog ini (maaflah kalo blog biasa2 je walopun cre crite mcm dah thap hebatlah edit-mengedit ni)...still new dlm blogger world ni...tak tahu apasal aku gatal sngt nak buat blog padahal dri kecik dlu smpai dah besar mcm tapak park keta pasaraya ni, aku tak penah abes pon tulis diari walopun buku diary tahunan selalu dapt free je setiap tahun (tp semnjak dah tak jd budk sekolah ni, dah takde sape2 insan sudi bg free bende2 tu kat aku)...bila dlu kawan duk berblog sana, berblog sini...aku heran pon tdak..takat support dr jauh je...tu pon sorg je kwn aku yg aku penah komen2 kat blog die iaitu cik lembu (nama asal terpakse dirahsiakan)...mungkin aku dah kena sampuk or was enchanted by green goblin...that's why lah terbinanye blog aku yg bese2 ini...akhir kata...plezlah support newcomer mcm aku ni...di sini aku nak sampaikan serangkap pantun 4 kerat;
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya blogger baru belajar
Kalau salah post, tolong tunjukkan

Ha...ha...ntah apa2 pantun, maaf sebab dah menyebabkan sesape yg bce ni rse mcm nak cirit-birit atau rse mcm nak mkn cempedak goreng...So, enjoy2 lah kepada sesiapa yg sudi berkunjung ke sini..TQ

Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~

There was an error in this gadget