Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Sunday, February 27, 2011

FAKTA, AUTA DAN APA DA!

Alkisah, aku ada kawan, si Safrah. Semalam pulak tah macam mana adalah birthday dia. HEPI BIRTHDAY SAP!!! Pakwe dia dengan romantiknya telah mengadakan majlis makan-makan ayam BBQ di pantai Pengkalan Balak malam semalam tetapi sebenarnya bukan malam tapi tengah malam nak ke pagi bute. Kamilah orang gila yang dah macam zombie bila berBBQ pukul 2-3 pagi dan pada pukul 3 pagi juga aku mencari toilet sejauh 150 meter untuk terkencing disebabkan toilet yang berdekatan penuh dengan tahi sama ada tahi manusia atau haiwan bergelimpangan di lantai sampai aku rasa sesak nafas!

Sebenarnya bukan cerita pasal aku nak terkencing atau cerita pasal tandas yang penuh dengan tahi di sini sana tapi aku just nak mencoret sedikit perkara yang auta saja lebih tapi fakta tah ke mana.....esh..malas nak cakap, so bacalah kepada yang sudi..huhuhuhu......

ALKISAH SATU

 Auta : 
Orang kata aku ni sombong tetapi orang yang selalu kata tu orang lelaki..perempuan suma kata aku baik dan peramah..hahahha

Fakta:
Sebenarnya aku ni tak sombong...peramah lagi lah suka menemuramah..baik lagi gitu...bukan nak pujilah..tapi aku memang suka bajet kerek dan sombong macam cicak kubing kalau dengan orang jantan..sebab?? Sebab aku tak suka gedik...aku rasa kalau dengan lelaki tak kenal, tak kuasa nak mesra macam dah kenal 1000 tahun..tapi dengan kawan2 lelaki yang dah lama kenal atau yang baru kenal tapi boleh get along ngan aku, aku on je..tut...tut...

ALKISAH DUA

Auta :
Banyak orang tak caya aku ni single-mingle, available, belum berpunye dan belum di cup oleh sesape. Ni yang buat aku angin dan rasa macam nak bom orang!

Fakta:
Sebenarnya, yang cakap tu...sedare-sedare aku takpun kawan-kawan mak aku. Biasalah, seorang perempuan berumur 22 tahun di zaman serba moden, canggih, teknologi di hujung jari dan urban ini, adalah amat pelik dan jelik jika masih single tanpa ada cowoknya! Itulah sebenarnya pemikiran mak cik-mak cik ni...asal umur cam aku ni je mesti dah nak kahwin lah, nak tunanglah....asyik-asyik tanya "Dah ado boipren ko?" "Yang ni bilo lagi nak langsungnyo?" Apa dia ingat cari bakal suami itu macam cari baju bundle ke? Aku muda g ah!!!(ayat tak puas hati dari wanita single)

ALKISAH TIGA 

Auta:
Orang perempuan berasal dari Negeri Sembilan = kuat marah + garang + queen control + gila harta

Fakta:
Sebagai anak jati Negeri Sembilan Darul Khusus yang terchenta, bukanlah kami ini perempuan ganas dan kasar seperti Xena the Warrior Princess (contoh yang tak ada kaitan...sorry)...tapi kami ini sebenarnya keturunan perempuan yang tidak suka ditindas, tidak mahu lembik-lembik (asal orang cubit sikit, menangis...asal orang cuit sikit, jatuh...alahai..lemah aku!) Kami sebenarnya perempuan yang kuat berdikari..hahhahha..sikit punya bagus kalau dapat bini tough macam ini..sure lelaki-lelaki di luar sana setia pada yang satu...tak mahu yang lain!!!!(iklan pantene Anggun dengan suara Vanidah Imran)..pasal harta tu, bukan kita orang yang mata duitan, dah nama pon adat pepatih..takkan nak langgar adat...tak bagus gtu!

ALKISAH EMPAT

Auta:
Perempuan itu...melecehkan, terlalu kompleks dan banyak songeh!

Fakta:
Perempuan itu cermat, teliti dan berhemat tinggi sebenarnya! Bukan suka-suka kami ni nak banyak songeh tapi setiap songehan kami itu membawa kepada sejuta erti positif yang menbahagiakan semua orang. Aku bagi contoh;

Tersebutlah kisah seorang budak perempuan bernama Rosnah Karin, bersiap di hadapan cermin untuk ke sekolah. Dia melihat rambutnya yang panjang mengurai dan mengerbang-ngerbang mengalahkan pontianak Jumaat Kliwon yang selalu di war-warkan rakyat Indonesia itu. Rambutnya juga basah. Akhirnya, dia mencapai getah rambut dan sikat lalu berlari ke arah dapur berjumpa ibu dan ayah.....dan si ibu dan ayah berkata;

Ayah: Moh sini ayah ikat rambut kamu tu
(Ayah mengikat rambutnya yang basah tanpa disikat)
Ibu:How dare you ayah? Rosnah Karin, pi keringkan rambut dengan hair dryer cap Samsut yang ibu beli dekat Court Mamai tu. Lepas tu mai dapur balik, ibu sikat rambut kamu yang mengalahkan Lion King tu dan ikat cantik-cantik macam nak pergi birthday party.
Ayah: Yo Yo Ooo!

Kalau aku jadi Rosnah Karin, mesti aku dengar cakap ibu aku. Ada ke nak pergi sekolah dengan rambut yang tak sikat, basah lencun dan terus di ikat tanpa dikeringkan. Walaupun bukan semua orang ada hair dryer, sekurang-kurangnya usaha gigih la juga nak keringkan rambut tu..takpun toksah ikat dulu, tunggu kering baru ikat. See? Perempuan bukan leceh tapi cuma teliti. Rosnah Karin mesti lebih dihormati di sekolah kalau datang dengan rambut yang kemas bukan rambut yang lemas!

ALKISAH LIMA

Auta:
Orang semua ingat aku nurse bila aku cakap "saya pelajar yang sedang praktikal di Hospital Melaka"....weh..pleaseeeelahhhh!!!

Fakta:
Perhatian semua rakyat jelata,.....gue bukan suster ya kalian semua! Gue ini belajarnya farmasi...kaitannya dengan obat-obatan..ngak adanya jadi suster dong!! Sikap orang dekat Malaysia, asal cakap keja atau praktikal dekat hospital ingat jururawat....rakan-rakan, di hospital tu banyak lagi profesion lain selain jururawat..ada doktor, ahli fisiologi, pegawai sains, pembantu perubatan, pegawai dietitik, pegawai farmasi, pembantu farmasi,cashier kantin hospital....jadi sila bertanya lanjut sebelum ada cuba meneka-neka yang bukan-bukan.







Wednesday, February 23, 2011

MonoloQue - Tiada Kata Secantik Bahasa [Official Video Clip].mp4

SONGS THAT INSPIRED ME SEPARUH MATI (JAN - FEB 2011)

Sungguh berkurun lamanya blog biasa dan biasa dan biasa ini sepi, sunyi dan suram tanpa sebarang entry dari aku a.k.a tuan punya blog. Seperti biasa, aku ni memang tak ada penyakit serius tetapi aku ada penyakit sebati dalam diri iaiti

Malas
Malas
Malas
Bertangguh

Jadi, kalaulah malas itu telah aku taip sebanyak 3 kali tuan-tuan dan puan-puan, ini bermakna, malaslah yang menyebabkan blog aku ini seperti jasad tidak bernyawa. Jadi, setelah cuba memerah otak mencari idea apakah yang boleh aku repekkan di sini, akhirnya hari ini aku mula menulis entry baru ni. Aku nak cerita sikit pasal beberapa lagu yang inspired aku untuk 2 bulan terawal ini. Lagu2 yang aku selalu pilih dalam list lagu2 karoake aku, lagu2 yang aku rajin nak download melalui IMESH (aku pelajar, sengkek..so, manalah aku ada banyak duit nak beli cd album original ke...baik aku p makan...even maher zain punyer lagu pun aku download ajer..actually bang cik aku bising betul bile aku berkire nak beli album maher zain...ceh, dia gaji riban2 bolehlah cakap!) dan lagu2 yang aku akan dengar bile aku beronline setiap malam. Just wonder, if I ever have as good voice as Siti Nurhaliza or Diana Ross or Saloma ke, memang dah lama aku pergi ujibakat mentor ke atau mentol sekali pun (tapi aku takkan pergi ujibakat AF sebab AF is lame macam tah ape2!)...please....dont summon me because I'm beautiful!. CHECK THIS OUT;

1. Remake : Tiada Kata Secantik Bahasa - MonoloQue

Aku tak PERNAH kenal siapa itu MonoloQue...sama ada dia tu pendekar ke atau pak lebai...but when I listen to this song...remake of P.Ramlee's song from film Anakku Sazali (tragis tahap manggis crite ini), aku rasa macam...weh...aku addicted dengan lagu nih!! Well, after that I know MonoloQue was the singer of 'Dinda Kanda', duet with Atilia... satu lagi lagu yang bagus untul telinga aku juga. Aku tak cakap versi monoloQue lebih bagus ke sebab the original song from P.Ramlee still the bestest ever tetapi MonoloQue tak gagal untuk buat manusia yang bertelinga agak macam orang veteran macam aku ini suka pada remake yang dia buat itu. Kadang-kadang aku terpikir, adakah MonoloQue tu sebenarnya menyanyi dalam tidur atau memang die menyanyi sampai tertidur sebab his lentok-lentok style of singing make him unique.

2. That's Why (You Go Away) - MLTR

Kalaulah Bhaiya (mat Bangla, cleaner dekat hospital yang aku tengah pratical sekarang) nyanyi lagu ni khas untuk aku dengan penuh perasaan walaupun pelat-pelat, aku sanggup kahwin dengan dia kalau dia ajak aku kahwin. Terlalu romantik! Terlalu menusuk kalbu! Terlalu....arghhh...memang masuk dalam hati terus jumpa otak dan tak tahu nak cakap apa. MLTR itu terlalu sinonim dengan lagu-lagu jiwang yang buat kita rasa seolah-olah bercinta adalah satu-satunya benda yang kita perlu buat dekat dunia ini. Aku sanggup beli 10 token, pergi karoake box (atau karoake jamban - name glemernyer), habiskan semua token tu untuk lagu ini sahaja. Please, I want to meet someone that willing his whole heart to sing this song for me...khayalnyerrr!

3. InsyaAllah - Maher Zain

Ni bukan klise atau berpura-pura alim. Tiada kaitan langsung dengan itu...This song, superb and totally amaizing!. Bang Cik aku yang selalu bergelumang dengan Linkin Park dan Muse tahap gaban pun dah bertukar kepada Maher Zain's die hard fan - kipas susah mati yang memang susah nak mati! He is incredible sebab boleh buat berjuta-juta orang inspired by all of his songs. Tapi benda yang aku paling kagum, Maher Zain siap translate lagu ini dan nyanyi dalam Bahasa Melayu tanpa ada pelat-pelat...mean dia betul-betul practice sampai pagi kot supaya lidah tak berbelit cakap melayu. Whatever it is, Maher Zain had done a good job! Hayati lirik dia betul-betul dan korang akan rasa nak nangis (hahahah)

4. Goodbye - Air Supply

Aku ini memang pelik. Sebab apa aku pelik? Sebab aku terlampau addicted dengan love songs especially yang oldies sikit2 (yang sedap di dengar di telingalah) walaupun aku ini bercinta atau berjiwang-jiwang pun tak pernah. Aku seolah-olah dapat rasa perasaan yang betul-betul mendalam anggota Air Supply bila dia orang nyanyi lagu ni dan kalaulah pakwe aku nyanyi lagu ni kat aku and after itu dia kata "kita break up"...kau orang rasa aku nak break up ke dengan dia? mestilah aku tak nak sebab lagu ni dah buat aku touching sampai nak cium bumi...mana boleh senang2 nak clash pulak?? So, kalaulah satu hari pakwe aku nak clash dengan aku, sila jangan nyanyi lagu ni! Aku boleh mendengar lagu ini sahaja ketika menghafal Pharmacology...unsangkerable!

5. Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hasan, Ana Rafalli, Altimet

Seriously to say, first time I heard this, aku ingat suara Suhaimi Mior Hasan tu Broery Marantika tetapi it was totally ridiculous sebab Broery Marantika dah R.I.P....hahahah..takkanlah orang dah selamat ke alam lain boleh muncul balik menyanyi pulakkan...yang penting lagu ini dari mula sampai habis...baik liriknya atau rentak dia, semuanya catchy dan interesting. Pendidikan moral sambil berhibur memang bagus sebab lagu ini bukan sahaja suruh kita jaga adab dan batas pergaulan tetapi sebenarnya nak sindir suruh jangan duk berzina sampai terberanak anak luar nikah. Kalau teras macam nak 'ringan-ringan' ke, anda-anda dengarlah lagu ini sebab anda boleh pandang-pandang tapi jangan pegang-pegang....biar malu2 kerana malu itukan perisai orang beriman. Apapun, Altimet memang sesuai sebagai si setan penghasut dlm lagu ni.

6. Just The Way You Are - Bruno Mars

Heheheh....You're amazing, just the way you are!!!..hohoho..lupakan seketika minah sexy dalam video klip lagu ini (die mcm tak seswai untuk lagu ni...diorang patut suruh perempuan yang lebih innocent dan ade soft beauty..not a hot chick like her!)...lagu ini macam tunjukkan mamat ni punye keikhlasan dalam describe awek dia..seolah-olah macam..tak kisahlah kau hodoh ke, tak cantik ke tapi mamat tu tetap anggap awek dia amazing disebabkan diri awek tu sendiri..hahahah..walaupun sebenarnya Bruno Mars ni mungkin memang nyanyi untuk perempuan yang lawa2 je tapi bagi aku lagu ni macam motivate sikit..hohoho..tak pasal je termotivate by Bruno Mars...stick pada ayat ni - "JUST THE WAY YOU ARE"- kan macam ayat motivasi je tuh..huhu

Banyak lagi lagu yang boleh buat gegendang telinga rasa menari-nari tapi aku malas nak tulis semua..sebab bukan ada orang kisah pun..enjoy je lah apa yang aku repekkan di sini.



Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~

There was an error in this gadget