Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Saturday, June 11, 2011

DARI ALAM ANGKER - Kisah 1 : Bila Langsuir Menangis


Sekarang jam menunjukkan tepat pukul 1.34....dan aku tiba-tiba termenung buat seketika, jari-jemari yang tidak berapa halus, mulus dan cun ibarat jari-jemari Nora Elena (chewahh!!) ini terhenti daripada mengetuk kekunci. Nasib baik tak bersawang.

Blog.
Blog aku.
Nasib baik takde sawang.

Ha...ha...ha...haa!

Memang banyak cerita nak dimerepekkan di sini tapi aku MALAS. Itulah alasan paling klise. Tapi aku memang dah malas, nak buat camne lak kan? Tapi, hari ini, cik badak bajet pink tapi sebenarnye kelabu a.k.a kembar aku (sebab waktu sekolah dulu, budak junior mesti asyik tersilap panggil nama aku, diorang selalu tertukar nama aku ngan nama kawan aku cik badak bajet pink tapi sebenarnye kelabu nih..pastu nak buat muka cumil cakap; "Eh, ingatkan kak lily tadi, ghupenyer kak sheeda!".....tensen!). Eh, apa aku merepek ni? Patut aku cerita pasal budak badak ni, tapi dah melalut hal junior lak..hahahha...so, cik badak ni a.k.a lily namanye dah duk pot pet tanyer, bila aku nak update blog....jadi, disebabkan peminat aku dah tanyer, aku update jelah..tak gitu?

Aku tengok, otai-otai blogger, yang separuh otai, yang sikit-sikit otai dan yang cikai cam aku...banyak gak tulis entry pasal cerite hantu. Hantu heng sanalah, umah diorang berhantulah, adik diorang kena kaco hantulah...takpon cerita hantu reka-reka sendiri. Jadi, aku pikir, apalah salahnya kalau aku pon nak sibuk-sibuk cerita pasal hantu gak. Tapi hari ini, aku nak cerita benda betul-betul jadi punye. Pengalaman aku sendirilah. Takut tak? Mungkin lepas ni Uncle Seekers tu boleh bungkus blog dia, sebab blog aku plak populer...aku jadi Mak Cik Seekers lepas ni.

Hebat.
Perasan lak kau ni.

Intro dah panjang, aku pon tak nak ah membebel lagi. Terus ceritalah. Ni kisah aku waktu Form 5. Bila aku ingat balik, aku rasa nak reverse je jam kehidupan aku ni, pergi balik waktu tu. Sebab, aku nak repeat balik trial SPM..erk? Apa aku cakap ni? Repeat SPM? YEK, malas ah!

Okeh, serius! Dipendekkan cerita, asrama aku, kitorang ni tinggal bilik-bilik. Satu bilik, ada empat orang babun student. Sorang roomate aku, namanya Lady Gagak (bukan nama sebenar) a.k.a LG ni amek seni lukis tuk subjek SPM dia. So, nak dijadikan cerita...budak-budak amek seni lukis selalu balik lambat ah ke asrama. Selalu diorang tak join prep, nak-nak lagi waktu tu tengah busy nak siapkan projek SPM punya pasal. Budak-budak cikai cam aku ni, selalunya kul 11.30 confirm dah ngilai-ngilai kat hostel dah...nama hostel aku ATT iaitu stand for Asrama Tun Teja.

Biasalah, aku ni memang suka buat aktiviti malam-malam bute. Stay-up buat revision homework yang tak siap waktu prep sebab banyak borak, makan-makan megi nak isi perut kalau DS (dewan selera) tak hidang makanan yang lebih menaikkan nafsu waktu supper, borak-borak sambil melawat geng-geng dari satu bilik ke bilik yang lain dan tak lupe juga untuk basuh baju kotor aku. YUP! Malam masih muda. Jadi, satu malam tu, aku pun pergilah melenggang ke tandas tuk basuh baju. Rasanya jam waktu tu tunjuk pukul 11.50 rasanya. Tandas tak banyak orang. Aku sorang je yang terkial-kial basuh baju malam tu. Hanya ada 2, 3 orang je manusia singgah sebab nak terkencing.

Settle.
Baju sume dah settle dibasuh.
Jam menunjukkan pukul 12.30pagi.

Aku masuk bilik. Tengah berkira-kira, patut ke aku sidai baju sekarang atau sidai pagi esok je. Ampaian kalau nak diikutkan, sebelah bilik aku ni je, bukak tingkap, dah nampak. Siap ado bumbung laie. Tapi, nak pergi ke ampaian tu kalau jalan kaki, nak kena buat u-turn, punyalah jauh woi! Itu yang malas tu. Tapi bila aku pikir, kebarangkalaian aku nak sidai baju aku pagi esok tu mungkin hanya 0.001% jeh. Dahlah bangun lambat, cukup-cukup je waktu tu untuk aku spendkan diri aku untuk mandi pagi, solat subuh dengan bersiap-siap sebelum prefect menggedik nak kunci asrama. ARGH!!! Aku fed-up! Nak g sidai alone, aku cam cuak pulak hari ni! Nak ajak orang, lagi 2 ekor roomate aku dah ghaib. Yang lagi sorang, si LG tak balik-balik lagi dari bilik seni sebab buat projek. Nak ajak yang lain, pon aku malas. Last-last, aku malas nak pikir, aku capai mangkuk, sudu, garfu ngan sepeket megi tom yam. Ready nak melantak.

Pukul 12.50.

Tengah terkial-kial betulkan tuala kat pinggang aku yang nak melorot, aku nampak LG balik. Gembira plak aku bila nampak dia..rasa macam nampak Johnny Depp bawak rombongan nak meminang. Muka Lg memang tak boleh blah. Muka penat nak mampus. Capek banget!

Dia senyum je kat aku. Aku pun senyum dan start buka cerita. Dia layan je. Tetiba aku teringat something. Aku ngan LG ada hobi yang sama. Basuh baju tengah malam. So, kalau ada hari si LG basuh baju tengah malam, aku yang akan teman dia gi sidai baju.... Tapi, selalunya si LG yang akan basuh baju tengah malam dan swoh aku teman dia. Aku selalunya akan berani pergi sidai- baju sorang2 memalam cenggini. Jadi, aku dapat idea.

Aku : LG, aku dah basuh baju. Banyak oo. Kau rasa better aku sidai sekrang jugak ke atau aku sidai esok je.

LG: Sidai jeh malam ni, kau macam lah bangun awal esok. Tak sempat punya nak sidai kalo tunggu esok (jawab dengan suara letih)

Aku: Tapi aku cam cuak ah nak g sidai malam ni. Dah dekat kul 1 ah.

LG: Meh aku teman!

Aku: Alah, toksah ah! Kau letih kot. Baru balik lagipun. Aku ajak In ah!(In tu classmate aku, bilik dia selang satu bilik ngan aku...tu pon geng bersantai waktu malam gak)

LG: Takpe ah, aku boleh ah teman. Ralat lagi.

Akhirnya, lepas si LG beria-ria confirmkan aku yang dia boleh temankan aku, aku pon layankan jelah. Kitorang pon sama-sama menuju ke tempat ampaian tuk menyidai. Suasana memang sunyi. Walaupun budak-budak kat asrama tak tidur lagi dan masih duk heng sana heng sini, tapi kawasan ampaian tetap sunyi sepi dan gelap. Hanya ada cahaya lampu dari bilik-bilik yang degil nak light-off je menerangi kawasan. Kat belakang asrama pulak, kawasan hutan.....terdengar suara unggas sahut-menyahut. Sambil menyidai, kitorang borak-borak sebab nak hilangkan cuak. Tapi aku tahu, si LG ni letih bebenor. Mata dah minta nak pergi tidur. Bila dah habis sidai baju, aku memang lega tahap maksima. LG terus ajak aku cepat-cepat berambus dari situ sebab tiba-tiba dia kata dia letih sangat dan tak larat dah walhal tadi boleh gak borak walopun macam terpakse jeh. Kitorang pon blah...........

dan.......

bermulalah kejadian yang tak pernah aku sangka akan jadi dalam hidup aku...juga dalam hidup LG....

kejadian yang aku takkan lupa sampai sekarang....

.....malam berhantu tu



BERSAMBUNG>>>>>>>>>>>>>>>>


4 comments:

  1. sheeda...cepat sambung...nak tau ni...cewah...

    *terasa bilik aku x light off...kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. hahhaha..baik2!..pasal lite off tu..sume tak lite off kot..hahah

    ReplyDelete
  3. babun la ko! wat aku saspen pastu cite tergantung!siot!!!

    ReplyDelete

Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~