Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Thursday, June 16, 2011

DARI ALAM ANGKER - Kisah 2 : Bila Langsuir Menangis

sambungan.................

(Jangan ah marah2 sebab crite tergantung..ni aku sambung, ha..ambik!ambik!bace!)

Lepas je selesai menyidai baju, kitorang pon gerak balik masuk asrama dan menuju ke bilik. Letih banget aku tengok muka si LG...bak kata Baim Wong dalam sinetron Sejuta Cinta Shaheeda Marshanda - "kecapekan!"

Sampailah kitorang kat bilik. LG cakap, dia memang dah tak larat dah nak buat apa-apa, hatta pergi ke tandas pon dah tak larat. Bagi dia, tahan je lah sampai pagi esok, yang penting dia nak tido je sekarang. LG terus tidur sambil sebelum tu sempat say gudnite kat aku ngan lagi dua orang roomate aku, Wakaka (bukan nama sebenarnya) dan Jozan(bukan nama sebenar gak). Katil LG sebelah katil Wakaka, dan katil aku plak bersebelahan ngan katil Jozan. Apa kejadahlah nama samaran yang aku bagi kat kawan aku ni..argh!..lantak ah!

Before ni aku ada cakap yang aku nak masak megi 2 minit tu. So, lepas je si LG dah terbongkang tido, aku pon terus memasak(cara cakap macam nak masak rendang ayam). Sementara tengah tunggu megi tu betul2 empuk, si In (classmate aku dan bilik dia selang satu bilik ngan bilik aku, aku ada mention pasal budak ni kat entry lepas) pon datang menziarah. Apalagi, kitorang pon borak ah cam cik kiah berjumpa mak temah walhal waktu prep tadi berborak juga, gaya macam mati je kalau tak berborak 24 jam. Pintu bilik dibuka, memang dibuka pon utk biar cahaya lampu koridor masuk. Biasanya, kalau dah pukul 12 ke atas, aku ngan roomate lain akan buka balik lampu( kalo warden muncul, tutup ah) tapi disebabkan malam ni si LG dah tido dlm keletihan, aku taknak ah bukak lampu. Bagi dioa nyenyak tido..kesian beb.

So, dipendekkan cerita, In pon baring2 atas katil aku sambil kepala dia hadapkan ke arah katil LG. Aku pulak duk kat lantai sambil makan megi. Wakaka duk study biologi, si Jozan duk nak buat hot coklat(kot..sebab aku tak ingat dia tengah buat apa waktu tu). Kitorang suma cot-cet sesama sendiri. Memang nikmat aku makan megi .
Tengah aku syok makan (waktu tu baru 3 suap aku jamah), tiba-tiba In bersuara.

In: Eh LG, apsal bangun? Tak leh tido ke?

Kitorang sume pandang LG. Suapan ke 4 aku terhenti. Dia diam, tak bersuara. Aku pulak tiba-tiba tanya dia;

Aku: Weh,nak megi? (Sambil angkat mangkuk megi cam angkat piala emas acara tembak2)

Senyap. LG senyap.


Dia cuma duduk tegak, tak bergerak langsung. Dan tiba-tiba dia cakap dia penat.Penat sangat, katanya. Kitorang swoh dia tidur balik. Dah nama penat, apa kejadah pulak tiba-tiba nak bangun. So, LG baring balik. Aku sambung lagi makan. Syok gila....sampailah In tiba-tiba tepuk bahu aku. Aku pandang dia dan buat muka cam bengang sebab kacau pemakanan aku....tapi In terus buat muka seolah-olah dia baru je dapat perintah mahkamah, kena gantung sampai mati. Mata In terus hala ke LG. Aku pahamlah maksud minah tu. Dia swoh aku pandang LG. Aku pun pandang ah ke katil LG.

LG dah bangun lagi sekali. Duduk melunjur. Matanya tepat memandang aku ngan In sebab kitorang macam berhadapan dengan dia.

Aku dengan In mula rasa cam LG lain macam. 2,3,4 kali In tegur dia, panggil2 dia tapi dia diam je. Tak berkata tapi mata dia...walopun gelap dan ada cahaya lampu koridor je melimpah masuk dlm bilik aku,,,tapi aku boleh nampak macam mana mata dia waktu tu.

Macam....macam pandangan yang..seram.

Wakaka dengan Jozan pulak pun sama duk tanya2 LG. Kitorang suma dah bangun dari duduk. Bergerak ke arah katil LG. Mana tau ada masalah. Bila dah datang dekat dia....lagi jelas aku boleh nampak mata dia. Aku duduk depan dia, yang lain plak berdiri dekat2. Kitorang berdiplomatik ah, tanya dia..kenapa, apsal tak tido, ada masalah ke, cerita lah.

dan..........tiba-tiba....dia sengih...bukan, bukan sengih...tapi lebih kepada menyeringai....macam tu.

Waktu tu, susah aku nak cakap tapi sebagai kawan dan teman sebilik LG, aku dan yang lain2 tahu...menyeringai dia itu dah membawa maksud lain.....lebih tepat lagi...minah ni dah macam kena sampuk...sebab, muka tu..bukan muka LG yang aku kenal.

Apalagi, aku terus bangun. Yang lain pun gerak jauh2. Muka masing2 dah cuak...saling2 pandang-pandang. Tanpa kata pun kitorang dah faham yang masing2 cuba sampaikan ayat macam ni;

"LG dah lain macam..macam kena sampuk..macam kena rasuk...ke histeria?"

"Aku rasa LG ni lain macam ni...macam terkena sesuatu ni", kata In kat kitorang.

"Nak buat apa ni?" tanya aku sambil waktu tu LG dah sengih2 pandang kitorang suma.

In terus berlari keluar sambil kata dia nak panggil Naimah. Naimah tu roomate In. Dia kira cam yang paling alimlah antara kitorang...kira aku ni perangai cam babun,,,naimah tu cam ustazah ah..(ustazah ah sangat..kihkih)...Naimah datang..lampu bilik dibuka.

Hambik kau. Bila lampu dah buka...aku boleh nampak mata LG merah gila. Macam merah saga....takpun merah macam mata vampire...(serius..waktu tu, aku takut pandang mata dia dan kitorang memang elak dari pandang mata dia). Kitorang try berinteraksi dengan LG...tanya dia, suruh dia mengucap....tapi malangnya...dia terus menyeringai..ketawa...dengan mata merah dia tu..perghh...si Jozan awal2 dah lari keluar bilik...takut nak mampus...cipan!

Tinggallah aku, In, Naimah dengan Wakaka. Waktu ni takde sape lagi tahu apa yang dah jadi...tapi disebabkan si Jozan dah berlari keluar...so, mesti ah sume orang yang masih tak gheti nak tido lagi kat asrama ni tahu. Beberapa budak yang berani, masuk dalam bilik aku.

Kitorang start baca yassin. Waktu baca tulah, si LG agresif sikit. Dia tak meronta-ronta tapi die tolak-tolak kitorang yang tengah membaca ni. Serius, aku pegang tangan dia yang duk tolak2 bahu aku tu, sambil tu dia cakap dengan suara garau(bukan macam suara normal dia);

"diamlah..janganlah baca..diam..diam..berhenti!"

Kuat. Kuat betul tenaga LG waktu tu. Sambil baca Yassin, sambil tangan aku pegang tangan LG. Kuat macam tenaga lelaki. Kitorang ramai2 pegang dia. Sambil tulah dia merayu;

"Panas..aku panas..jangan baca!"

Dan tiba-tiba dia nangis. Peluk Naimah yang duk sebelah dia;

"Naimah..aku takut...naimah..aku penatlah..penat sangat...naimah..takut"

Waktu merintih tu, LG macam jadi diri dia yang sebenar...dia menangis dan merayu dekat kitorang.

"Tolong..aku penat..tolong aku takut..."

Ni jugak yang LG katakan..kitorang teruskan lagi baca Yassin..ada yang lain, duk berkerumun jadi penonton...cis..(tapi waktu tu..entah kenapa..takde sorang pun terpikir nak panggil warden..entah..aku pon tak tahu..namepon aku ngah sibuk handle LG dlm bilik)

Lepas merintih dan merayu...LG tiba-tiba bertukar balik cam mak lampir. Suara garau...marah2 kitorang suruh berhenti baca Yassin..tolak2 kitorang ngan tenaga luar biasa....tapi still tak agresif...still terkawal....Dan dia bertukar balik jadi LG yang sebenar..kembali merayu dan merintih....Merayu dekat Naimah...cakap penat..berhentilah baca..tolong aku..aku panas..aku takut.....tapi waktu tu...Naimah buat dek je....kitorang yang lain tinggal bapa kerat je lagi ayat nak habiskan bacaan...aku dengar naimah tanya dia siapa;

LG:Tolong..aku penat...aku takut.....(merayu..tapi nampak cam tipu)

Naimah pandang dia. Tajam.

Naimah: kau siapa...jangan kacau kawan aku...

LG:naimah..panas...takut....aku panas....penat.......

Naimah:Keluar..jangan kacau dia...

LG tiba-tiba ketawa..menyeringai...sambil ketawa..dia pandang2...jenguk2 kat muka kitorang yang lain..aku dah seram sejuk dah..bulu roma boleh tercabut gak lah time tu...ketawa dia tu..mak aih..memang cam mak lampir. Rupa-rupanya..ade masa...yang merayu tu LG..tapi ade masa...."bende" dalam badan LG tu yang menyamar jadi LG...duk merayu2 kat kitorang. Macam tulah keadaan dia..sekejap ganas..sekejap merintih..ketawa...menyeringai sambil pandang kitorang..sampailah kitorang habis baca Yassin.

Lepas tu..aku cam samar2 je...tapi yang aku ingat..lepas penat duk sekejap ketawa..sekejap merintih....sapu muka dia ngan air Yassin...(kot..tak bape ingat)...suruh dia mengucap...baca macam2 ayat....last2 skali..LG jadi lemah..time tulah dia menangis sepuas-puasnya..dia cakap dia takut sangat2...penat sangat2....akhirya..dia yang dalam pelukan Naimah waktu tu...akhirnya tertidur. Kitorang perlahan-lahan baringkan dia...dia tido.

Semua orang terus keluar dari bilik. Jam dah tunjuk pukul 2.40 pagi..........megi aku dah kembang...homework aku dah terbungkang tak dibuat.

Semua orang tergosip....tanya itu-ini. Kitorang..ahli pasukan penyelamat LG dah tak larat nak cakap ape. Cuma..mampu bersyukur sume dah selesai. Satu kejayaan pada kitorang...masalah settle tanpa campor tangan warden yang garang tu. Suma orang duk tanya aku, camne leh jadi camni...aku diam...duk termenung....dan akhirnya aku bersuara;

"Tadi..tengah malam tadi..aku ajak dia teman aku sidai baju kat belakang. Dia kata dia penat sangat waktu tu....sebab tu ke dia kena? Tapi aku takde apa-apa lak" tanya aku balik kat diorang.

Suma angguk2..buat muka tengah memikir habislah.

"Mungkin jugak...dia penat sangat...'benda' tu senang ah nak masuk. Dia penat, keadaan dia lemah plus emosi tak stabil sebab banyak kerja...tu yang kena sampuk kot...keteguran kot...kau tak kena sebab kau kuat..hehe", jawab Naimah. Yang lain pun sokong.

"Aku rasa bersalah lak..kalaulah bukan sebab aku yang ajak dia teman aku sidai baju malam2 buta ni..mesti dia takde apa2", jawab aku lagi..menyesal sungguh ayat.

"Benda nak jadi..takpelah..dah settle pon", In tolong jawab..tenangkan hati aku gak.

Akhirnya...disebabkan jam dah tunjuk pukul 2.55 pagi, kitorang sume masuk tidur dan berhenti cakap pasal kejadian tu.

Esok paginya...waktu nak kejutkan LG...bangun Subuh dan siap g sekolah..dia nampak normal..macam tak ada apa-apa jadi. Cuma waktu aku kejutkan dia, dia just cakap;

"Aku rasa cam baru bangun daripada buat kerja yang berat gila...rasa cam penat sangat ah...tak puas tido"

Kitorang yang lain dalam bilik tu..mampu senyum je. Kitorang pun tak kata apa-apa pagi tu...cerita tu pun tak dibangkitkan.

Sampailah.............

Tengahari tu...lepas lunch, kitorang masing2 balik bilik nak bersihkan diri dan solat Zohor sebelum pergi prep petang pulak. Waktu tulah sio LG tanya kitorang, apa yang jadi dekat dia semalam. Kitorang pandang2 antara satu sama lain. Aku tanya dia, dia tak ingat ke apa yang jadi, then dia cakap dia tak ingat apa2 pun. Dia pelik sebab pagi tadi waktu kelas agama...ustazah X (warden kitorang)..panggil dia kat depan dan tanya sama ada dia dah ok ke belum. Dia pun pelik dan tanya ustazah tu apasal tanya dia macam tu. Ustazah tu pun cakap yang budak junior yang cerita kat dia apa yang jadi kat LG...tapi ustazah tu suruh LG tanya orang lain apa yang jadi disebabkan LG tak ingat langsung apa2. Tapi ustazah X siap pesanlah, kalo jadi lagi macam ni...panggil dia..hehhe...rasa cam tergugat kot.

Akhirnya, kitorang pon cerita apa yang jadi dari A sampai Z. Hambik ko! Terkejut beruk si LG. Tak percaya sampai ternganga. Dia terus rasa seram sejuk...kitorang ni...dari semalam punya seram tak ilang lagi. LG memang terkejut gile!

Sejak malam tu....kitorang dah kurangkan dah aktiviti sidai2 baju malam2 ni. Budak2 lain pon kena tempiasnya, takut nak sidai baju malam2. Lepas dengar je cerita "tersampuk di ampaian" tu..budak2 dah jarang nak basuh baju malam2...er..tapi kejap je lah..lepas cerita dah basi...dah tak ingat...diorang start baliklah aktiviti lama...termasuk aku..hahah

Seumur hidup aku..itulah first pengalaman "kawan aku disampuk setan" jadi dalam hidup aku. Mungkin taklah seseram mana cerita ni..tapi tetap beri kesan kat aku jugak. Pengajarannya...tak elok pergi menyidai baju malam2...mana tahu, mungkin waktu malam tu..si LG ni tertolak anak setan tengah gayut2 kat ampaian..tersepak anak setan ngah kencing ke...mana tahukan........mereka makhluk yang tak nampak dek mata kasar manusia.........renung2kan.............



Saturday, June 11, 2011

DARI ALAM ANGKER - Kisah 1 : Bila Langsuir Menangis


Sekarang jam menunjukkan tepat pukul 1.34....dan aku tiba-tiba termenung buat seketika, jari-jemari yang tidak berapa halus, mulus dan cun ibarat jari-jemari Nora Elena (chewahh!!) ini terhenti daripada mengetuk kekunci. Nasib baik tak bersawang.

Blog.
Blog aku.
Nasib baik takde sawang.

Ha...ha...ha...haa!

Memang banyak cerita nak dimerepekkan di sini tapi aku MALAS. Itulah alasan paling klise. Tapi aku memang dah malas, nak buat camne lak kan? Tapi, hari ini, cik badak bajet pink tapi sebenarnye kelabu a.k.a kembar aku (sebab waktu sekolah dulu, budak junior mesti asyik tersilap panggil nama aku, diorang selalu tertukar nama aku ngan nama kawan aku cik badak bajet pink tapi sebenarnye kelabu nih..pastu nak buat muka cumil cakap; "Eh, ingatkan kak lily tadi, ghupenyer kak sheeda!".....tensen!). Eh, apa aku merepek ni? Patut aku cerita pasal budak badak ni, tapi dah melalut hal junior lak..hahahha...so, cik badak ni a.k.a lily namanye dah duk pot pet tanyer, bila aku nak update blog....jadi, disebabkan peminat aku dah tanyer, aku update jelah..tak gitu?

Aku tengok, otai-otai blogger, yang separuh otai, yang sikit-sikit otai dan yang cikai cam aku...banyak gak tulis entry pasal cerite hantu. Hantu heng sanalah, umah diorang berhantulah, adik diorang kena kaco hantulah...takpon cerita hantu reka-reka sendiri. Jadi, aku pikir, apalah salahnya kalau aku pon nak sibuk-sibuk cerita pasal hantu gak. Tapi hari ini, aku nak cerita benda betul-betul jadi punye. Pengalaman aku sendirilah. Takut tak? Mungkin lepas ni Uncle Seekers tu boleh bungkus blog dia, sebab blog aku plak populer...aku jadi Mak Cik Seekers lepas ni.

Hebat.
Perasan lak kau ni.

Intro dah panjang, aku pon tak nak ah membebel lagi. Terus ceritalah. Ni kisah aku waktu Form 5. Bila aku ingat balik, aku rasa nak reverse je jam kehidupan aku ni, pergi balik waktu tu. Sebab, aku nak repeat balik trial SPM..erk? Apa aku cakap ni? Repeat SPM? YEK, malas ah!

Okeh, serius! Dipendekkan cerita, asrama aku, kitorang ni tinggal bilik-bilik. Satu bilik, ada empat orang babun student. Sorang roomate aku, namanya Lady Gagak (bukan nama sebenar) a.k.a LG ni amek seni lukis tuk subjek SPM dia. So, nak dijadikan cerita...budak-budak amek seni lukis selalu balik lambat ah ke asrama. Selalu diorang tak join prep, nak-nak lagi waktu tu tengah busy nak siapkan projek SPM punya pasal. Budak-budak cikai cam aku ni, selalunya kul 11.30 confirm dah ngilai-ngilai kat hostel dah...nama hostel aku ATT iaitu stand for Asrama Tun Teja.

Biasalah, aku ni memang suka buat aktiviti malam-malam bute. Stay-up buat revision homework yang tak siap waktu prep sebab banyak borak, makan-makan megi nak isi perut kalau DS (dewan selera) tak hidang makanan yang lebih menaikkan nafsu waktu supper, borak-borak sambil melawat geng-geng dari satu bilik ke bilik yang lain dan tak lupe juga untuk basuh baju kotor aku. YUP! Malam masih muda. Jadi, satu malam tu, aku pun pergilah melenggang ke tandas tuk basuh baju. Rasanya jam waktu tu tunjuk pukul 11.50 rasanya. Tandas tak banyak orang. Aku sorang je yang terkial-kial basuh baju malam tu. Hanya ada 2, 3 orang je manusia singgah sebab nak terkencing.

Settle.
Baju sume dah settle dibasuh.
Jam menunjukkan pukul 12.30pagi.

Aku masuk bilik. Tengah berkira-kira, patut ke aku sidai baju sekarang atau sidai pagi esok je. Ampaian kalau nak diikutkan, sebelah bilik aku ni je, bukak tingkap, dah nampak. Siap ado bumbung laie. Tapi, nak pergi ke ampaian tu kalau jalan kaki, nak kena buat u-turn, punyalah jauh woi! Itu yang malas tu. Tapi bila aku pikir, kebarangkalaian aku nak sidai baju aku pagi esok tu mungkin hanya 0.001% jeh. Dahlah bangun lambat, cukup-cukup je waktu tu untuk aku spendkan diri aku untuk mandi pagi, solat subuh dengan bersiap-siap sebelum prefect menggedik nak kunci asrama. ARGH!!! Aku fed-up! Nak g sidai alone, aku cam cuak pulak hari ni! Nak ajak orang, lagi 2 ekor roomate aku dah ghaib. Yang lagi sorang, si LG tak balik-balik lagi dari bilik seni sebab buat projek. Nak ajak yang lain, pon aku malas. Last-last, aku malas nak pikir, aku capai mangkuk, sudu, garfu ngan sepeket megi tom yam. Ready nak melantak.

Pukul 12.50.

Tengah terkial-kial betulkan tuala kat pinggang aku yang nak melorot, aku nampak LG balik. Gembira plak aku bila nampak dia..rasa macam nampak Johnny Depp bawak rombongan nak meminang. Muka Lg memang tak boleh blah. Muka penat nak mampus. Capek banget!

Dia senyum je kat aku. Aku pun senyum dan start buka cerita. Dia layan je. Tetiba aku teringat something. Aku ngan LG ada hobi yang sama. Basuh baju tengah malam. So, kalau ada hari si LG basuh baju tengah malam, aku yang akan teman dia gi sidai baju.... Tapi, selalunya si LG yang akan basuh baju tengah malam dan swoh aku teman dia. Aku selalunya akan berani pergi sidai- baju sorang2 memalam cenggini. Jadi, aku dapat idea.

Aku : LG, aku dah basuh baju. Banyak oo. Kau rasa better aku sidai sekrang jugak ke atau aku sidai esok je.

LG: Sidai jeh malam ni, kau macam lah bangun awal esok. Tak sempat punya nak sidai kalo tunggu esok (jawab dengan suara letih)

Aku: Tapi aku cam cuak ah nak g sidai malam ni. Dah dekat kul 1 ah.

LG: Meh aku teman!

Aku: Alah, toksah ah! Kau letih kot. Baru balik lagipun. Aku ajak In ah!(In tu classmate aku, bilik dia selang satu bilik ngan aku...tu pon geng bersantai waktu malam gak)

LG: Takpe ah, aku boleh ah teman. Ralat lagi.

Akhirnya, lepas si LG beria-ria confirmkan aku yang dia boleh temankan aku, aku pon layankan jelah. Kitorang pon sama-sama menuju ke tempat ampaian tuk menyidai. Suasana memang sunyi. Walaupun budak-budak kat asrama tak tidur lagi dan masih duk heng sana heng sini, tapi kawasan ampaian tetap sunyi sepi dan gelap. Hanya ada cahaya lampu dari bilik-bilik yang degil nak light-off je menerangi kawasan. Kat belakang asrama pulak, kawasan hutan.....terdengar suara unggas sahut-menyahut. Sambil menyidai, kitorang borak-borak sebab nak hilangkan cuak. Tapi aku tahu, si LG ni letih bebenor. Mata dah minta nak pergi tidur. Bila dah habis sidai baju, aku memang lega tahap maksima. LG terus ajak aku cepat-cepat berambus dari situ sebab tiba-tiba dia kata dia letih sangat dan tak larat dah walhal tadi boleh gak borak walopun macam terpakse jeh. Kitorang pon blah...........

dan.......

bermulalah kejadian yang tak pernah aku sangka akan jadi dalam hidup aku...juga dalam hidup LG....

kejadian yang aku takkan lupa sampai sekarang....

.....malam berhantu tu



BERSAMBUNG>>>>>>>>>>>>>>>>


Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~

There was an error in this gadget