Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Tuesday, May 31, 2011

CATATAN SEORANG MEROYAN

Jam menunjukkan tepat pukul 1.07 pagi waktu entry ini mula-mula ditulis. Lama. Lama sangat. Lama sangat rasanya aku tak update blog cikai aku ni. Malas. Malas sangat. Malas sangat nak update plus aku tak beridea bernas langsung untuk merepek di sini dan hari ini dengan segala kudrat tulang empat kerat yang aku ada, aku gagahkan juga jemari tembam aku untuk menari sambil mengetuk.ngetuk setiap huruf kat keyboard Acer terchenta aku ni. Eceh!!...

Banyak mende jadi sementara tak update blog ni...benda-benda yang jadi itu semestinyalah selain daripada aktiviti gi praktikal, gi makan, g tido, gi mandi, g minum, g kencing dan lain-lain lagilah. So, tak nak cakap banyak...cerita jelah terus..(aku terasa macam ayat-ayat aku berperasaan lemau...heh!)

1. PRAKTIKAL? HABIS SUDAH!!!
    Yes! Bangga, suka, terharu, gembira dan teruja sebab akhirnya dah selesai sudah practical course aku selama setahun yang bukan sahaja menyeksa jiwa dan raga, tetapi juga menyeksakan otak dan badan aku. Habis, dah habis dah praktikal. Lama siot praktikal kat hospital Melako tuh..setahun tuh macam-macam jadi. Sekarang sume dah settle, aku nak enjoy..sebelum sambung belaja lagik..hah? sampai tua kot aku belajar jek..heh!

2. MAKAN ITU PASTI
    2, 3 hari before abes praktikal year aku yang cam hell tu (walopun banyak gak dapat belajar...), aku ngan geng-geng praktikal kat hospital Melako tu pon buatlah aktiviti makan-makan sikit..er..bukan sikit tapi makan banyak-banayk kot...tengok jelah gamba kat bawah..terserlah kegelojohan aku membaham makanan di Seoul Garden.


     Memang kenyang wa cakap lu! Semua orang memang ada perut sampai 4 bahagian macam lembu tu. makan macam setan kot..erk..tak..makan macam manusia yang disampuk setan..heh.... Rasanya, malam yang nilah pertama kali aku rasa macam puas makan kat Seoul Garden..selama ni, manjang tak puas je..dasar kuat makan betul aku ni....

3. AKU, BOLA dan FUTSAL
    Ceh! First time aku cakap kat Along ngan Bang Cik aku yang aku main futsal, dia orang telah memandang sinis dan mentertawakan aku dengan nada yang hina...(tak, aku saja je tulis camni untuk nampak dramatik sikit)...tapi memang dia orang gelakkan aku..tak percayalah tu!. Ceh, walopun aku ni kecik sikit je daripada si Dottie tu tapi jangan ingat aku tak pandai nak main futsal eh..ceh!...tak sikit punya semangat ke aku siap beli lagi kasut futsal kat Parkson dengan harga RM50 je...terima kasih sebab buat jualan penghabisan stok akhir tahun Mr. Parkson(takde makne aku nak beli kasut ratus-ratus hinggit tu)...dan pertengahan bulan lima aritu, aku jadi wakil kolej ke Sukan-sukan Kolej Bersekutu UiTM @ SUKOB...masuk futsal lah kan, takkan aku masuk lontar peluru pulak..dan akhirnya team aku tak kalah..tapi kitorang tak menang..itu je...malas nak explain..sedeh!


4. AKU JADI CIKGU? PERSONAL TUTOR TU!
    Pagi Jumaat ari tu, telefon bimbit jenama NOKIA aku yang kalau baling dekat dinding sekuat hati pon, confirm tak rosak tu telah berbunyi..tanda ada orang call. Hati aku cam sedih bila tengok yang call tu Along aku a.k.a aka sulung aku..cit! aku ingatkan pakwe aku call..(walopun aku takde pun pakwe..haha)...dan start dari hari itulah aku dilantik secara rasmi jadi tutor tolong ajarkan anak sedara aku iaitu anak Along aku, si Apis tu. Dia dah nak PMR tahun ni tapi belajar macam budak tadika.....susah yang amat!!!..Disebabkan Along aku dah fed-up nak antar si Apis tu gi tusyen yang mahal tapi dia punya improvement cam hampeh, dia decide suruh aku je yang ajar budak Apis tu..heheh..aku no hal, lagi-lagi bila ado gaji ni..Aku on jeh...Nama pun tengah bercuti dan bersantai kan....siaplah kau Apis..kau mesti tak suke Mak Su kau ni ajar kau...memang bersilatlah aku nanti

Arghh! tensen bila dapat tahu entry aku ni tak best pon...tapi takpelah...kalo ade orang sudi baca pon kira Alhamdulillah!!....bilalah aku nak jadi blogger fofuler nih..hahah..perasan..

Adios!!






Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~

There was an error in this gadget