Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Monday, September 17, 2012

"Bila kau nak kahwin?"

"Kau belajar laiekan? Bilo habeh?" soal seorang mak cik dalam loghat Negeri Sembilan yang hanya aku sahaja kenal tanpa perlu aku hebohkan identiti dirinya.

"Dah habeh dah Cik. Dah kojo dah pun", jawab aku penuh sopan santun persis wanita Melayu terakhir.

"Owh, dah habeh dah. Dah kojo lak tu. Bilo nak kahwin?" tanyanya lagi penuh unsur-unsur prihatin tahap kelapan.

"Heeeeeeee.......belum jumpo laie jodoh eh", jawab aku sambil sengih sumbing persis kambing gurun dihadiahkan selimut baldu buatan Kazakhstan.

Dulu kau belajar lagi. Orang akan asyik tanya pasal hidup kau sebagai pelajar. Belajar ok? Senang tak belajar? Bila habis? Dah habis nak buat apa?

Sekarang kau dah kerja. Dan normal dalam masyarakat Melayu Malaysia beragama Islam, pemuda pemudi yang sudah habis belajar dan melangkah ke alam pekerjaan itu wajib ditanya bila dia nak kahwin. Huh.

Tiada masalah, Tanyalah banyak kali. Aku sudi menjawab dan memberi jawapan terbaik yang boleh aku keluarkan dari mulut sebab aku hormat orang-orang tua (aku kadang-kadang aje nak puji diri sendiri). Aku baru 23. Muda. Muda lagikan.

Tapi, kalaulah 5 tahun lagi aku masih single, available dan sihat walafiat tanpa penyakit2 kronik dan mampu hidup sendiri, ini bermakna selama 5 tahun ini juga aktiviti menjawab soalan sebegitu seakan-akan aktiviti wajib dibuat terutama sekali waktu hari raya, kenduri -kendara atau apa-apa sahajalah.

Tiba-tiba aku rasa angker, seriau dan macam...macam...macam....macam rasa tah apa2.

Tah apa2 tu maksudnya aku rasa takut kalau betullah takdir Tuhan yang aku akan menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang sama dalam tempoh 5 tahun akan datang atau lebih lagi. Takut..takutnya bila ingatkan benda macam tu.

Tapi siapalah kita manusia biasa nak melanggar Qada dan Qadar yang ditentukan oleh ALLAH SWT. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan bukan? InsyaAllah ada jalannya.

Cuma aku bermohon, jika anda sudah kerap kali bertanya soalan 'kahwin' dan 'anak' pada orang yang sama saban tahun, perlulah diingatkan diri sendiri, paling lama pun  biarlah 3 tahun berturut-turut sahaja soalan itu dikemukakan. Tolonglah faham hati dan perasaan mereka itu. Kalau yang belum kahwin tu, bila dia dah nak kahwin nanti, sampailah undangan tu. Waktu tu jangan tak datang pulak. kalau boleh tolong datang awal untuk kerja-kerja rewang sekali dan tolong gubah hantaran. Barulah berbaloi soalan-soalan yang kau orang duk tanya selama ini. Yang dah kahwin lama, bila sampai rezeki Allah mereka dapat anak, akan dipertontonkanlah oleh mereka zuriat cinta hati mereka itu di hadapan anda siap dengan jemputan ke kenduri cukur jambul dan akikah sekali. Jika mereka mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat, janganlah dikeji atau mempamerkan wajah seolah-olah mintak tendangan Bruce Lee. Sesungguhnya hormati keputusan mereka sebab itu hidup mereka, toksah anda sibuk-sibuk masuk campur.

Aku baru 23 tahun. Baru setahun kerja dengan jumlah simpanan yang masih berlubang sini dan sana, masih pening memikirkan masalah yang aku hadapi dek kerana keinginan nak sambung belajar dan yang paling utama sekali jangankan lubang hidung, bayang calon jodoh pun masih samar-samar lagi. Tetapi aku sendiri kadang-kadang terasa lelah dengan soalan-soalan sebegini dan keadaan ini buat aku terfikir, bagaimana pula perasaan mereka yang sudah jauh berusia tapi masih lagi sendiri atau yang sudah lama mendirikan rumahtangga tetapi masih berdua? Mesti perit. Mesti sedih. Mesti sakit hati. Mesti tension. Mesti rasa nak tampar orang.

Manusia, tolonglah belajar fahami perasaan mereka itu. Tapi aku faham. Itu normal dalam masyarakat. Kita tak boleh elak, kita perlu tempuhi. Just ingat satu perkara;

SABAR. INSYAALLAH ADA JALANNYA

Jadi, aku nak mula cari jalan aku sendiri. Sebab mak aku kata, apa-apa pun yang kita nak daripada Allah, kita kene cari jalannya sebab jodoh dan rezeki tak datang bergolek geng. Kau usaha dan kau dapat. Mungkin sejuta kali berusaha baru Allah makbulkan tapi usahalah sebab setiap yang Allah tentukan untuk kita tu adalah yang terbaik sekali.

P/S : Sape2 yang menjalankan perniagaan mencari jodoh, bolehlah daftarkan nama aku, aku tengah cari jodoh sebab menunggu jodoh, jodoh tak datang. Entah mana jodoh aku ni, aku kena cari as soon as possible bagi mengelakkan sedara-mara dan jiran-jiran kecewa mendengar jawapan yang sama kalau tanya aku bab jodoh, pakwe, kahwin or tunang. HEH!

Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~

There was an error in this gadget