Kecik2 da miang~ |
Lelaki = miang. Tapi kepada semua lelaki di Malaysia, tolong jangan boikot aku atau upah samseng untuk serang aku ke sbb aku tau TAK SEMUA LELAKI KAT DUNIA NI MIANG! (harap2 kaum lelaki berpuas hatilah...perempuan pun ade gak miang..hehhee). Baiklah, untuk nampak adil supaya korang tak rasa aku ni seksis ke, anti lelaki ke, perkauman dari segi jantina ke atau lebih teruk lagi kalau korang cakap aku ni suka kaum sejenis ke, aku nak state yang semua manusia tak kira perempuan atau lelaki, masing2 ada golongan yang tahap gatal dia lain macam sikit. Aku pernah dengar, kawan2 aku cakap, orang yang gatal dan miang dia lain macam sikit ni kecik2 dulu tak sunat....ye ke??He..he..serem aja bunyinya.
Kat sini nak kongsi sikit cara2 kaum perempuan nak menghadapi teman lelaki atau kawan lelaki atau mane2 sahaja lelaki yang cuba2 nak menggatal dekat korang. Bukan aku tak nak kongsi cara untuk lelaki mengatasi teman perempuan yang gatal tetapi sebagai kaum yang gagah, ada 9 akal, kuat, tulang besi urat dawai dan bersuare garau...korang takkanlah tak boleh nak atasi masalah kici saja ini kan. Korang cuma kene kawal nafsu korang sendiri je tapi kalau perempuan yang menghadapi situasi cemas dan rimas tahap tengkuk berbulu lebat ni, banyak benda yang perempuan kene atsi...lelaki 9 akal 1 nafsu...tapi nafsu yang stu tu adalah Sultan segala nafsu..memang kalau lelaki tak di kawal nafsunyer yang stu sahaja tu, Jin ifrit pon bole sembah diorang siap sujud cium kuku kaki lagi. Takot tak kaum perempuan? Takutkan...so, kalau takot..meh skodeng apa yang patot buat kalau kaum berkromosom XY ni start nak jadi bagero....tak kisahlah kat maner pon
1. Tembak dia dengan ayat power korang
Tak semua couple suka pegang2 kan? Yang memang jaga diri daripada mengamalkan konsep touch n go tu memang wa tabik sama lu oranglah. Tapi kadang2, sebelah pihak je yang paham bahasa, yang sebelah pihak lagi, buat2 pekakkan telinga. Naik jenuh gak awek2 cun bgtau abg2 sayang..."Jangan pegang tangan ek"..."Jangan peluk2 ek"...."Jangan cium2 ek"...tapi nampaknya kaum lelaki yg tak paham bahasa Melayu bahasa ibunda tu tetap nak naik tocang gak. So, kalau pakwe korang tangan dia dah gerak mcm treler 16 tayar, korang bg je sedas ayat2 cmni ;
- Saya ada pisau pemotong daging kobau dan ada sebotol cuka getah 120 ml....awak pilih yang mane stu awak nak....kalo nak pisau, saya potong tangan tu kasi putus...kalo nak cuka getah, saya simbah tangan tu bagi cacat herot berot...pilihan di tangan anda
atau
- Bapak saya mula belajar silat sejak umur 6 tahun dan die dah sampai level yang mana setakat ni semua yang lawan silat dengan dia kojol sampai koma 2 bulan. Yang idop pon adalah dalam 10% tapi tu pon dapat kecacatan kekal macam kepala teleng takpun lutut terpusing kat belakang. Lagi stu, dia ada pedang samurai yang dibeli melalui E-bay (chewah!)...tiap2 hari dia asah bagi tajam...abang saya tersepak pedang tu, kene 50 jahitan dekat kaki...haru tak??
atau
- Kalau masuk neraka, tangan awak tu nanti kene salai macam ayam barbeque tau sebab tak gheti2 nak duduk diam...cube letak tangan awak tu dlm poket..bg die berehat...take a nap ke..dapat gak pahala tangan tu...
2. Bukak langkah
Kadang2..bila dah sound dengan mcm2 ayat pedas tahap cili padi, diorang ni bo-layan gak. Makin menjadi2 plak tangan dia.....meluncur laju ibarat bas Ekspres Transnasional membelah lebuh raya utara selatan. Jadi korang sepatotnya kena lebih dramatik dengan membukak langkah...iaitu...bukak langkah silat ke, karate ke, judo ke atau langkah tomoi...dan kalau korang memang tak pernah langsung belajar seni lawan melawan sampai patah tengkuk ni, korang cipta je seni mempertahankan diri korang sendiri...contohnyer siap2 kan stu botol penyembur yang dlm nyer korg isi lah cili api yang di blender sekali dengan lada hitam..letak air skit...bru syok nak sembur2....kalau die pakai spek...sembur kat lubang idung..konfirm idung die bengkak cam idung gorilla...kalau semua tu tak jalan..korang bukak langkah seribu..zoommmm!!!!!!...
3. Pakai bju cukup kain
Perempuan adalah ciptaan Allah S.W.T yang indah....keindahan yang buat lelaki boleh tukar identiti jadi jantan durjana. Jadi sebagai insan bernama wanita, pandai2 lah jaga perhiasan anda masing2....tutup2 elok2...mcm korang tutup lauk asam pedas atas meja makan dengan tudung saji..kalau lauk tu tak ditutup, banyaklah lalat busuk dan pengotor die tahap karma ke 8 datang nak menghinggap asam pedas yang terangkat habis tu. Bayangkanlah korang mcm asam pedas yang terdedah, banyak giler lalat datang nak hinggap...dah lah bru hinggap kat tahi lembu, pegi pulak landing kat asam pedas tu..tak ke kotor, jijik lagi memualkan tekak dan telinga? Aku taklah suruh pakai baju besi atau baju jubah itam Darth Vader tu ke...tapi aku suruh tutup apa yang Allah S.W.T suruh tutuplah. Pandai2 lah pilih baju...takkan nak pakai bju cam Lady Gaga plak atau macam nak pergi bersumo...Even, yang pakai jubah n baju kurung pon kene raba...hushhhh...
4. Keluar ber3, ber4 dan seterusnya
Ni yang seeloknyer lah...lagi2 yang baru first time ngedate ke...bawaklah geng sekali. Bawak best friend ke, adik ke, sepupu ke...tapi kalau nak protection yang mantop meletopp...ajak bapak korang teman kan korang...hah, tak macam gempaklah pulakkan tetapi kesianlah pulak abg sayang korang, awal2 dah kene ngadap bakal mentua...huhuhu.. Kadang2 bila kita tak kenal lagi someone tu, kita tak tahu perangai dia...kalau dia nampak kita datang berteman tu, harap2 dia pahamlah kita jenis macam mane kan. Dah kalau ngedate pon bawak adik ke, kawan ke...kalau dia nak lebih2 pon dia pandai2 sndriklah ingat....
5. Lontarkan suara anda
Ni yang paling drastik sekali. Buat sesiapa yang pakwe dia memang tak makan saman trafik langsung...korang jerit je kuat2. kalau dia meraba dalam wayang, korang jerit je kuat2 biar sampai semua orang kat wayang tu marah dan baling korang dengan popcorn....jerit je...malulah mamat miang kalau korang tetibe jerit terpekik terlolong macam pinggang tergeliat tu..siap2 aribulan, diorang terus lari tinggalkan korang...clash terus..lagi bagus, toksah korang nak bazirkan masa berchenta ngan manusia tak gheti2 hukum alam. Pitching suare lari tak ape..aslkan mesej anda sampai yup...
Tu je yang aku terpikir setakat ni...aku harap takde lah pihak yang marah atau berdendam kesumat dengan aku. Aku bukan nak hentam kaum adam tetapi ini sebagai maklumat yang nak dikongsi..lagipon bukan semua kaum adam tangan suka menjalar macam paku pakis kan??..huhuhu...kepada anda2 yang sedang di alam perchentaan ini, pandai2 lah jaga diri...kalau dah tak tahan sangat nak pelok pasangan masing2..nikah je..becoz nikah - connecting people..SALAM
bagi jew pisau pemotong tuh :D
ReplyDeletehuhuhu....biar putus tngn..kudung trus
ReplyDeletebab lontar suara tue memang power.kalau dalam panggung memang tetiba je dari drama dalam tue.confirm malu gile orang laki
ReplyDeletehohoho...jerit biar sampai anak tekak tercabot
ReplyDeletewah3..:p
ReplyDeleteSaya jumpa blog nie kat FB... ada kawan share post nie...
ReplyDeletetahniah ... betul komen kawan saya tu ... blog nie memang terbaik..
:)
Here is my web blog: Hassie
oh anonymous, terima kasih atas komen anda!, hoho
ReplyDelete