Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Sunday, January 30, 2011

Jenis2 Penyakit Kronik Orang Perempuan

Hola Mi Amor!!...Dah berzaman aku tak update2 blog aku yang biasa lagi sederhana ini. Entah kenapa perasaan tidak berperasaan untuk berblog tu menyerang seluruh urat saraf dalam badan dan hari ini aku gagahkan jua hati dan nurani tuk tulis entry baru walaupun aku tahu 0.01% je blogger kat Malaysia ni yang sudi baca blog aku ni.Last but not least, thank you very much, gracias muchos, arigatogozaimas dan terima kasih kepada semua insan yang sudi singgah2, blogwalking dan follow blog aku..TRIMAS!

So, hari ini aku nak bincang2 petang pulak pasal jenis2 penyakit yang selalu menyerang, menghinggap atau dihidapi kaum2 perempuan. MAYBE perempuan2 dekat Malaysia je kot yang suka menjerumuskan diri diorang atau tak sengaja terjerumus dengan penyakit2 yang aku nak senaraikan ni..Ladies and gentleman, check this out! (mcm Ryan Seacrest daa!)

1. Penyakit Senggugut

Ha, ni kalau orang laki tak tahu jugak apakah senggugut tu memang aku gigit je lah telinga tu...auwww. Biasalah, perempuan + senggugut = jangan kacau perempuan itu. Bagi semua kaum2 lelaki, senggugut ni MEMANG SAKIT WA CAKAP LU. Kat dunia ni, sakit nak mati tu memang champion carta sakit yang paling sakit (ayat berbelit), sakit gigi pulak jadi no 2, lepas tu sakit nak bersalin. So, aku boleh cakaplah senggugut ni di kedudukan tempat ke-4 dalam carta sakit2 ni. Bolehlah anda2 semua bayangkan betapa sakitnya waktu senggugut ni sebb bila senggugut je, biasanya perempuan akan rasa macam nak hantuk kepala kat dinding atau nak baring je tak bangun2. Tak semua perempuan setiap bulan dapat penyakit ni, ada yang kene sekali je seumur hidup, jarang2 kena, kadang2 kena atau tak pernah kena langsung (tu maybe kategori senggugut time nak menopaus je kot). So, kalau anda orang lelaki yang baik, bolehlah beli ponstan (mefenamic acid) iaitu sejenis painkiller. Mana tau kalau tengah syok tunggu bas, tiba2 awek cun kat sebelah anda dah guling2 kat jalan sebab senggugut, korang boleh bagi ponstan tu. Mungkin korang boleh berchenta lepas tu. Sambil menyelam minum air bro!

2. Penyakit Cemburu

Semua manusia anda perasaan cemburu. Kejadian Ilahi tetapi level cemburu je berbeda-beda kok! Bagi aku, aku tak nafikan perempuan ni cemburu die UP sikit daripada kaum Adam. Macam cemburu tu teman tapi mesra orang perempuanlah gitu. Cemburu tu tandanya sayang tapi kalau dah tahap melampau sampai BOyfriend atau Husband pergi melabur saham (maksud aku pergi berhadas besar @ buang air besar ) dekat jamban belakang rumah pon dah suspicious memanjang, tu memang parah tu. Selain tu, perempuan pon kuat cemburu dengan kawan2 dia orang jugak. Lagi2 kalau kawan dia orang tu sentiasa lagi atas daripada dia orang. Kalau cemburu yang positif tu kira okay lah. Kalau dah tahap nak simbah asid ke, cuka getah ke atau nak upah orang pergi bunuh orang yang dia orang cemburu tu, itu memang perempuan itu sepatutnya yang patut dibunuh dulu. Kadang2, dengan adik kecik pon dia orang cemburu. Tu bukan cemburu buta tapi takde otak punya cemburu.

3. Penyakit Terlampau Takut Badan Jadi Belon

Ha...ha..walaupun aku ni adalah kategori perempuan yang belum ada kesedaran diri lagi dalam misi untuk mendapatkan berat badan ideal tetapi aku tahu ini adalah salah satu penyakit popular orang perempuan. Memang bagus pon jaga badan ni, jaga makan, bersenam selalu untuk sihat sampai anak cucu (walaupun aku ni nak joging belakang rumah pon malas). Kadang-kadang, ada teman lelaki @ husband yang memang hobi dia MAKAN tetapi bengang pulak dengan kekasih hati @ isteri tercinta yang asyik diet dan control makan tak bertempat. Memang ada perempuan sejak azali tak kuat makan, so jangan paksa-paksa diaorang makan jugak kalau tak usus kecil diaorang boleh meletop! So, kalau dapat gilfren yang badan macam model victoria secret tu (adrianna lima ke), paham2 lah kalau diaorang lebih prefer makan steam bot daripada ayam goreng KFC. Tetapi bagi kaum perempuan, kadang2 tu janganlah terlampau sekat makan, makan perlu juga untuk hidup just pandai2 koranglah control sendiri.

4. Penyakit Suka Bercakap / Membebel

Aku pon dalam kategori macam ni. Selalunya tambah lagi satu side penyakit iaitu dah lah suka bercakap, volume percakapan pon macam pakai microphone karaoke. Selalunya perempuan yang dah jadi 'mak-mak' yang dah kena penyakit macam ni walaupun zaman sekarang perempuan yang 'anak-anak dara' pon berleter mengalahkan Azwan Haji Ali. Kepada perempuan yang dah lama menyandang gelaran 'Joyah Kepoh', 'Mak Joyah' atau apa2 lah gelaran yang berkaitan, kadang2 kita pandai2 lah kawal diri. Kalau terlampau suka sangat membebel, bantah cakap orang tua ke, takut nanti tiba2 mulut kau orang kena sumpah jadi tempayan. Elok juga suka bercakap ni, memeriahkan suasana dan boleh buat perbincangan jadi hangat dan panas serta mantap tapi kalau dah meleret2 sampai boleh buat orang yang dengar tu taik telinga dia meleleh, bawak2 lah bertenang sebelum kau orang kena tendang!

5. Penyakit Lebihan Air Mata

Janganlah tension kalau perempuan ni mudah sangat menangis. Kamikan kaum yang berhati lembut, suci, rapuh dan mudah tersentuh. Lagipun, kadang2 tu perempuan pun bengang jugak bila asyik dilabel minah 'cengeng'. Kita orang pun tak dapak nak kawal empangan air mata ini pecah sebab tanpa amaran atau warning, tiba-tiba sahaja percuma je air mata nak turun. Lagipun bagus apa selalu menangis, boleh buang habuk...ha...ha.. Air mata tu fungsinya nak cuci mata gak. So, orang lelaki jangan malu-malu nak menangis walaupun kau orang memang sangat buruk jika menangis. Jangan menangis merengek-rengek atau melalak-lalak sambil guling2 kat tanahlah. Cuba menangis sambil ketawa, sure korang akan penat dan lastly ambil keputusan untuk stop crying on the spot.
Lagi satu, tolonglah jangan menangis sambil mengilai-ngilai, nanti jiran sebelah rumah ingat si Mariam pontianak harum sundal malam yang datang..seram wehh!

Banyak lagilah penyakit orang perempuan ni, itu tak campur dari segi perubatan punya penyakit macam kanser payudara ke, kanser rahim ke or kanser servik. Next time kalau aku ada idea dan dapat mengatasi rasa malas aku ni, aku merepeklah lagi pasal benda ni. BYE

ADIOS AKU BERAMBUS

6 comments:

  1. mantop!;)
    ni la pyakit org pompuan.

    yg no.1 rsa sakit dia mcm nk terajang org ja,kang tak pasal2 aku trajang mamat yg nak tolong tu! aku pulak bagi ponstan kat dia..hahaha ~.~

    ReplyDelete
  2. hahahah..tak pasal2 mamat tu yg masuk ICU kak lela oii

    ReplyDelete
  3. sheeda...ak klo yg no1 tue ak rase mmg macam da xley tahan da...xnak gerak g mane2 je...nak tdo pown xsenang nak watpe pown xsenang...tapi ak x makan pain killer...takot xdapat baby...weyh kalo rajin singgah la kat blog ak ea...hehe

    ReplyDelete
  4. weyh betol sume yang ko tulis nie...
    ak kalo kne period pain rse cam xnak g mane2 je...nak baring je...tapi ak tahan jela...
    ak xkan mkn pain killer...takot xdpt baby..
    weyh klo rjn singgah la blog ak yg dah btukat wajah...sile2...hehe

    ReplyDelete
  5. huhu..den pon tak nah nak mkn apa painkiller...yup2..TQ follow aku..nanti aku snggah ko plak

    ReplyDelete
  6. stakat nie tak penah lagi kene pnyaket snggugut nie, so tak tau la camne rasenye... Hehe..

    ReplyDelete

Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~