Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Monday, April 04, 2011

Si Pemalas dan Si Adik Kembar

     Andai kata kalaulah blog aku ini sejenis roti cap Gardenia atau Mighty White, sesunggungnya sudah semestinya blog milik aku ini sudah lama basi, berkulat, luput dan berbau tengik mengalahkan kentut badak! cacing pun boleh membina empayar kerajaan di sini jika betullah blog aku ini sekeping roti.
  
     Aku tahu, hampir berkurun lamanya si pemilik blog yang pemalas tahap lipas ini (iaitu aku sendiri) tidak pernah sudi untuk meng 'update' apa-apa entry baru di sini. Maaflah kepada mereka yang sudi menjadi follower dan menjadi pelawat sebab aku memang sentiasa slow motion dalam memeriahkan blog sederhana ini. Maklumlah, bila dah semester akhir nih, dan bila dah dekat nak habis semester ni, mestilah sibuk nak buat final project kan? Walaupun bukanlah setiap hari pun aku sibukkan diri dengan project tu tapi kira aku ni berdedikasilah juga kerana meninggalkan alam berblogger demi markah seciput untuk menaikkan pointer aku paling koman pun 0.01. Hebatkan? Hebat macam cipan. Nasib baik aku nih bukan blogger fofuler semedang cam Hanis Zalikha yang cun-melecun meletop-letop tu, so, in other words, tak akan ada sape-sape marah aku kalau tak update blog nih. Haish!

     Aku a.k.a si pemalas masih tetap malas walaupun sedang berusaha untuk menjadi si rajin. Tetapi, malas-malas aku ni pun aku masih ingat jugalah nak mandi walaupun sekali sehari. Kira baguslah tu daripada satu hari aku tak mandi lansungkan. Enough!!

     Cukup-cukuplah pasal aku yang malas tahap karma ni. Nak ceciter sikit pasal adik kembar si FACEBOOK. Huish?? FACEBOOK ada adik kembar? Mark Zuckerberg tu memang tak kahwin lagi dan sesungguhnya dia tidak pernah memberadik kembarkan si FACEBOOK ngan mana2 social network yang lain...okelah, sebenarnya aku letih dan tak tahu nak merepek apa pasal adik kembar FACEBOOK ni, so..pandai-pandai ah baca ayat tak berapa panjang kat bawah ni;


SIAPA FACEBLOG?????????





Edit
Inilah dio lambang si FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH




     

      IYA! Itulah dia penerangan pasal FACEBLOG ni, trimas untuk team FACEBLOG sebab memudahkan kerja aku sebab aku cuma copy and paste je penerangan penuh ayat skema di atas untuk diletakkan di entry aku ni..So, siapa-siapa yang tak malas dan suka dan rajin berblog, boleh lah lawat2 FACEBLOG ni si siput kembar

     Aku pun dapat tahu pasal FACEBLOG pun lepas aku syok baca satu blog ni, iaitu blog cik nani_namaku..anyway, thanks ye cik nani kerana memfollow saya (dia kater aku best..hahahhaah). Apa-apa pun enjoy lah dengan FACEBLOG ni..pink kaler gitu!

     Latest update, aku dah settle final year project aku...OH YEAH!! Rasa macam dah terbang ke planet Marikh dengan belon udara panas je...Tinggal nak presentation sahaja pada sabtu ini tapi aku memang confuse sekarang sebab, hari yang sama juga ada ujian Munsyi (ujian yang kena amek kalo apply USM, macam ujian psikologi kot)...presentation aku maybe start dalam pukul 9 pagi dan munsyi test tu pulak pukul 10. Aku kalo boleh nak amek gak ujian tu tapi takut aku tak sempat nak rush pergi tempat ujian. Argh, malas ah pikir, esok ah baru pikirkan apa nak buat. Dasar pemalas tahap babun betul aku ni.

     Apa-apa pun, sekarang aku memang seronok...tak sabarnya aku nak tamatkan practical year aku nih dengan gemilang dan cemerlang sambil bergoyang..OH YEAH!..Oh, hari Ahad ni ada orang nak belanja aku karoake...aku akan pastikan orang itu belanja aku makan sekali..sedap gilos Seoul Garden...memang koyaklah poket orang tu aku kerjakan Ahas ni

    JANGAN LUPO SINGGAH SAHUR KAT FACEBLOG!!!

2 comments:

Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~