Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Thursday, April 28, 2011

AKU, LRT, SEORANG TUA dan BUKU

     Ketika coretan ini ditaip oleh diriku, aku sedang mendengar lagu-lagu hindustan yang merdu menusuk telinga dari koleksi filem-filem box-office dan air mata darah dari Bollywood...sesungguhnya aku masih tidak dapat menerima kenapa Shah Rukh Khan itu tidak meminang Kajol sebagai isterinya sedangkan mereka ibarat Kapal Titanic tersergam indah sebelum tenggelam akibat melanggar ketulan ais akibat kecuaian anak kapal yang mengemudinya setelah duk asyik menyekodeng Jack dan Rose bercumbu-cumbu....hahahha..maaf mengarut dan merepek di malam hari..(lagu Mehndi laga Ke Rakna dari filem cambest Dilwale Dulhania Le Jayenge sedang berkumandang ketika ini). Lama tak update blog, lama tak tulis apa-apa kat blog and now, here I come! The lady with zero power but 100% energy generated from the deepest heart..trimas!

     Sekali aku merepek, aku macam tak boleh stop..hahaha..takde apa yang best jadi tapi Ahad lepas, on 24th April aku telah merajinkan diri yang memang teruja ini ke PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR di PWTC itu. Aku seorang diri sahaja ya kawan-kawan setelah semua mangsa yang dikesan tidak dapat menemani diri aku yang kerdil ini akibat sebab-sebab tertentu. Tetapi, mengikut logik akalnya, aku seronok je shopping buku kat PBAKL tu sorang-sorang sebab nama pon aku ni agak kuat ulat bukunya, jadi lebih baik dan afdhallah kalau aku seorang diri sahaja melayan kegilaan den ini.

     Mula-mula aku rancang nak pergi pagi dalam pukul 9 macam itu dengan alasan tak nak bersesak sangat dengan orang ramai waktu naik LRT dan aku pun nak kejar novelis kesayangan aku iaitu kak Nurul Syahida - the writter yang buat booksigning buku baru dia entitled VALENTINA NERVOSA dalam pukul 10pg sampai 12 tengahari tetapi disebabkan mak aku, abang aku, akak ipar aku dan tak ketinggalan dua orang anak buah aku yang nangoi tahap mak lampir nak pergi rumah kenduri kahwin dalam pukul 11 macam tu, aku terpaksalah memendam rasa seketika sebab abang aku nak hantar aku kat LRT Bandar Tasik Selatan sekali jalan sahaja nanti bila diaorang semua keluar, dia pun senang, tak payah nak buat kerja dua kali..ye tak? Ye kan jelah! Tapi dalam pukul 11.30 jugaklah baru gerak..heshkkkgyargh!

     Dah lah aku baru je beli tiket, LRT dah sampai, dan dengan maju jaya dan kudrat yang ada aku berlari nak kejar tren yang dah nak gerak tu tapi disebabkan aku tak nak kepala aku terputus di penggal pintu LRT aku pon bersabar jelah tunggu tren seterusnya yang lambat nak mampuih gak! Dan akhirnya dalam pukul 12 lebih, barulah aku sampai PWTC tu dan nasib aku pun baik sebab tak ramai sangat human being dalam tren masa tu.

     Biasalah, kalau jalan seorang diri ni, langkah kaki akan jadi pantas dan aku pun jalan macam ada stalker tengah kejar aku. Masuk je kat hall karangkraf, aku terus cari kak Nurul Syahida @ Kak Shai..perghh! Aku nampak! Aku nampak! Secara live aku nampak dia dan aku teruja macam aku nampak Brad Pitt tengah bagi flying kiss kat aku. Dengan tak sabar dan gelojohnya, aku pon bergegaslah pergi cari buku VALENTINA NERVOSA @ VN kat tengah-tengah hall. Aku ingatkan Kak Shai tu akan duklah terpungguk kat meja penulis tu, jadi dengan pandainya aku pun pergilah shopping buku-buku lain lagi yang ada dalam hall Karangkraf tu....dah beli beberapa buah buku, aku pun pergi bayar dan sambil beratur nak bayar, aku jeling-jelinglah Kak Shai dan akhirnya aku rasa macam depresi gila bila aku tak nampak pun batang hidung dia hatta tudung dia skali pun...in other words, dia dah BALIK!!!!!!!!!!! Ceh! Kecewalah gak tak dapat sign dia tapi takpelah, nak buek camno! So, aku pon teruskan bershopping lagi.......inilah dia gambar yang menunjukkan suasana PBAKL yang sesak bagai nak rak....

Toot!~ Yang pakai tudung merah tu Fauziah Ashari..da legend bagi aku, novel dia Pergilah Sepi novel pertama aku baca secara sorok-sorok kat MRSM dulu..hahah

Pintu gerbang ke daerah Karangkraf yang bosar nak mampuih!

H.M Tuah Iskandar yang pernah datang sekolah aku dulu, aku dah pernah ambik autograph dia waktu dia datang dulu tapi buku nota tu dah ghaib takpon dah selamat kena bakar!

Books Tower

Marilah membaca kerana membaca jambatan ilmu...oh Yeah!~walopun makcik baca buku resipi bagaimana membuat kuih cara 

Bila dah penat, kita lepak aja kat sini supaya orang lalu boleh sepak sesuka hati..hahaha


 
Koleksi buku yang telah berjaya di beli oleh aku yang tak berape banyak duit pon


     Memang best tahap cipan-cipan kenduri kahwin! Seronok dan aku telah berbelanja macam orang gila dengan menghabiskan sebnyak RM130 untuk bershopping buku..hahaha..beli buku..bukan baju..kan berfaedah gitu..hhaha..so, every year kena jadi acara wajiblah sebab I love book like crazy gituh!....Penat berjalan, penat tangan mengendong plastik buku dan penat juga mental aku melayan jurujual Linguaphone (alah, mesin ke ape tah yang duk swoh ajar bahasa asing tuh cam bahasa Inggeris ke, Spanish ke)...

     Apa-apa pun, kita memang kena jadi rakyat Malaysia yang kuat membaca. Jangan asyik nak suruh anak-anak je baca buku tapi mak bapak tak rajin pun nak membaca. Membaca jambatan ilmu dan gunakanlah jejantas ketika melintas....Adios!

p/s: Tajuk entry aku ada perkataan 'SEORANG TUA' tapi sebenarnya takde kena mengena langsung mana-mana manusia warga emas dalam entry kali ini..saja aku letak dalam tajuk..sebab aku saje-saje nak mengada..hah!

    

Tuesday, April 12, 2011

Kita Ambil Saja Award Itu!


Here are rules to abide accepting this award :
1. Post linking back to the person that gave you the award
2. Share 7 random things about yourself
3. Award 15 recently discovered blogs
4. Drop them a note and tell them about it

1. SIAPA SI BAIK HATI PEMBERI AWARD NI?
Terima kasih daun keladi bunting pagi kepada Maira-chan kerana dengan sudi dan bangganya telah menganugerahkan aku award yang cumil ini. Sesungguhnya ini adalah award pertama yang dimenangi saya dan saya ucapkan terima kasih kepada semua jutaan peminat saya...eceh! Maira, nak signature aku tak? Ahaks!

2. 7 RANDOM THINGS ABOUT SHEEDA MINHAJ
1) Suka makan, siapa sokong aku, sila buat tangan macam Usop Wilcha ye...ate kome ni pon!
2) Anak bongsu tapi selalu di salah anggap sebagai anak sulung.....menangis mak aku dengar.
3) Baca komik....tengok anime Jepun....seronok tuh!.
4) Ada 10 orang anak sekarang...yang sulung tingkatan 4, yang bongsu bru masuk setahun...bukan anak tekak,   anak pokok pon bukan, tapi anak buah..muahhaha!
5) Aku tak pernah main ice skating...hahahhaha
6) Aku tak pernah pergi Singapore, mak aku pernah pergi siap naik train lagi......so? Suka hatilah aku nak tulis ape, nama pon random things kan..heh..
7) Sekarang dah tak minat Shahz Jaszle tapi aku minat Kak Limah ngan Usop Wilcha pulok...soley..soley...

3. BLOG YANG BERTUAH DI 'AWARD'KAN OLEH AKU
And the winner goes to................

  2) Kecil Molek
  3) Maira-chan
  4) Ema-gode
  6) Nek Nak On Air
  7) Sap-Kiki
  8) Cahaya Utk Ain
  9) Yana Si Penjual Brooch Kiut  nak beli ke? klik lah sini..sume cumil cm tuannyer!
10) Farah Nadiah
11) Beebirku
12) Jem-iera
13) Kereta Mayat
14) Cokelat Syiqa
15) Popolita


4. NOTE UNTUK SI PENERIMA AWARD TERHEBAT
Jangan risau...........semua dijamin yup2!



Dah lame aku tak buka blog, skali bukak, ade dapat award lah polak..hahahha..tenkiu Maira..duk kat Jepun lek lok ye..krim salam kat hubby..ho yeah!!





Monday, April 04, 2011

Si Pemalas dan Si Adik Kembar

     Andai kata kalaulah blog aku ini sejenis roti cap Gardenia atau Mighty White, sesunggungnya sudah semestinya blog milik aku ini sudah lama basi, berkulat, luput dan berbau tengik mengalahkan kentut badak! cacing pun boleh membina empayar kerajaan di sini jika betullah blog aku ini sekeping roti.
  
     Aku tahu, hampir berkurun lamanya si pemilik blog yang pemalas tahap lipas ini (iaitu aku sendiri) tidak pernah sudi untuk meng 'update' apa-apa entry baru di sini. Maaflah kepada mereka yang sudi menjadi follower dan menjadi pelawat sebab aku memang sentiasa slow motion dalam memeriahkan blog sederhana ini. Maklumlah, bila dah semester akhir nih, dan bila dah dekat nak habis semester ni, mestilah sibuk nak buat final project kan? Walaupun bukanlah setiap hari pun aku sibukkan diri dengan project tu tapi kira aku ni berdedikasilah juga kerana meninggalkan alam berblogger demi markah seciput untuk menaikkan pointer aku paling koman pun 0.01. Hebatkan? Hebat macam cipan. Nasib baik aku nih bukan blogger fofuler semedang cam Hanis Zalikha yang cun-melecun meletop-letop tu, so, in other words, tak akan ada sape-sape marah aku kalau tak update blog nih. Haish!

     Aku a.k.a si pemalas masih tetap malas walaupun sedang berusaha untuk menjadi si rajin. Tetapi, malas-malas aku ni pun aku masih ingat jugalah nak mandi walaupun sekali sehari. Kira baguslah tu daripada satu hari aku tak mandi lansungkan. Enough!!

     Cukup-cukuplah pasal aku yang malas tahap karma ni. Nak ceciter sikit pasal adik kembar si FACEBOOK. Huish?? FACEBOOK ada adik kembar? Mark Zuckerberg tu memang tak kahwin lagi dan sesungguhnya dia tidak pernah memberadik kembarkan si FACEBOOK ngan mana2 social network yang lain...okelah, sebenarnya aku letih dan tak tahu nak merepek apa pasal adik kembar FACEBOOK ni, so..pandai-pandai ah baca ayat tak berapa panjang kat bawah ni;


SIAPA FACEBLOG?????????





Edit
Inilah dio lambang si FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH




     

      IYA! Itulah dia penerangan pasal FACEBLOG ni, trimas untuk team FACEBLOG sebab memudahkan kerja aku sebab aku cuma copy and paste je penerangan penuh ayat skema di atas untuk diletakkan di entry aku ni..So, siapa-siapa yang tak malas dan suka dan rajin berblog, boleh lah lawat2 FACEBLOG ni si siput kembar

     Aku pun dapat tahu pasal FACEBLOG pun lepas aku syok baca satu blog ni, iaitu blog cik nani_namaku..anyway, thanks ye cik nani kerana memfollow saya (dia kater aku best..hahahhaah). Apa-apa pun enjoy lah dengan FACEBLOG ni..pink kaler gitu!

     Latest update, aku dah settle final year project aku...OH YEAH!! Rasa macam dah terbang ke planet Marikh dengan belon udara panas je...Tinggal nak presentation sahaja pada sabtu ini tapi aku memang confuse sekarang sebab, hari yang sama juga ada ujian Munsyi (ujian yang kena amek kalo apply USM, macam ujian psikologi kot)...presentation aku maybe start dalam pukul 9 pagi dan munsyi test tu pulak pukul 10. Aku kalo boleh nak amek gak ujian tu tapi takut aku tak sempat nak rush pergi tempat ujian. Argh, malas ah pikir, esok ah baru pikirkan apa nak buat. Dasar pemalas tahap babun betul aku ni.

     Apa-apa pun, sekarang aku memang seronok...tak sabarnya aku nak tamatkan practical year aku nih dengan gemilang dan cemerlang sambil bergoyang..OH YEAH!..Oh, hari Ahad ni ada orang nak belanja aku karoake...aku akan pastikan orang itu belanja aku makan sekali..sedap gilos Seoul Garden...memang koyaklah poket orang tu aku kerjakan Ahas ni

    JANGAN LUPO SINGGAH SAHUR KAT FACEBLOG!!!

Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~