Pages

Mari Kuruskan Badan~

Mari Kuruskan Badan~
Jangan malu-malu

Thursday, August 14, 2014

Review KAKI NOVEL : Plain Jane

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, hahahaahahaha (maaf, saya bukan ahli politik, malah bukan juga macai..eh?)

Setelah 2 tahun blog ini terbiar dan dianak tirikan oleh aku, jadi hari ini aku telah mendapat secebis kekuatan dari dalam hati untuk memeriahkan sedikit blog yang tersedia suram dan menyedihkan ini, haha. Adapun tujuan post terbaru ini ditulis hanyalah kerana niat tersembunyi dalam hati ini iaitu ingin menyertai kempen "Read and Review" yang dianjurkan oleh blog 'theawesome'. Jadi, daripada aku scroll instagram sampai pkul 4 pagi dan menambahkan nafsu bershopping online, baiklah aku buat review novel macam ni.

Nota separuh kaki : theawesome tu adelah blog yang dibuat oleh 5 orang penulis novel dari Jemari Seni. FB
                               page diaorang - The Awesome. Sape nak join, moh le.

So, for the first entry of my novel review, we would talk about a novel published by Buku Prima (under Karangkraf) entitled 'PLAIN JANE', written by a unique novelist named Nurul Syahida. Nurul Syahida? Yes, pertama kali tengok nama penulis, I am very the excited uolls! We have a same name, but different in spelling and of course we have not related biologically. Ayah dia bukan ayahku. Haha! Lupakan apa yang aku merepek ni.

Sejarahnya, seorang kawan yang memberi maklumat mengenai novel ni bila aku bising dengan dia aku dah penat nak baca novel orang asyik kena kawen paksa or kawen kontrak (jangan marah, aku suka aje baca tema macam ni). Jadi, berbekalkan duit loan Mara, ahkak telah membeli novel ini di popular dengan mendapat diskaun ahli popular sebanyak entah berapa peratus pun ahkak tak ingat. First impression aku, cover dia memang lah sedehhh! Tapi aku maafkan sebab novel ini diterbitkan pada tahun 2007 dan Buku Prima pun baru nak up orang kata, jadi abaikan cover yang tidak berapa menghairahkan emosi itu. Tetapi, ya tetapi, sinopsis yang ditulis di belakang novel telah menjadi hero waktu itu. Sinopsis yang menarik dengan diselitkan punch line dari dalam novel. Sinopsis ringkas, Plain Jane berkisarkan kehidupan Balkis, seorang gadis biasa atau dikenali juga sebagai Plain Jane. Dia ada sahabat baik bernama Lilee, musuh bernama Ana dan kawan baru bernama Apis Milo yang misteri. Balkis pernah meminta Khir, jiran Lilee untuk menyamar menjadi kekasihnya dek kerana dicabar Ana dan Balkis juga seperti gadis biasa yang lain, mempunyai crush atau secret admire sendiri iaitu seorang pelajar asal dari Indonesia yang aku dah lupa nama die dan tanpa diduga seorang kekasih bernama Zaniel yang tersangatlah kontra dengan kehidupan biasa si Balkis. Mampukah Balkis berubah daripada seorang gadis biasa-biasa yang tak menarik menjadi si puteri meletopss da vass? Baca dan kau tahu apa jadi.


Jadi, 5 sebab kenapa Plain Jane yang memang plane sangat cover dia ini wajib anda beli, baca dan letak di rak buku rumah anda:

1) Ia cerita mengenai Balkis yang biasa, yang plain jane (gadis biasa, tidak menarik, tidak vogue, tidak seksi, dan tidak secantik Lisa Surihani dan se-slim Maya Karin), sedikit gempal dan menjalani kehidupan biasa sebagai pelajar di universiti. Watak heroin yang biasa weh, macam aku, macam kau orang semua. Penulis memilih nama yang ringkas, biasa dan normal. Hampir semua watak dalam novel punya nama yang biasa, tanpa perlu tergeliat lidah kau untuk menyebutnya. Jadi, bila kau baca novel ini, kau terasa yang;
"Eh, aku ni macam Balkis lah". Balkis bagi aku bukan watak fantasi novel yang biasa-biasa kau jumpa dalam novel. Bukan juga watak heroin yang sepanjang novel itu digambarkan kulut putih melepak, bibir pink gebu, rambut hitam berkilat ulik mayang. Bukan dan bukan. Tapi, bila kau baca dari satu bab ke satu bab, kau nampak sedikit perubahan pada Balkis. Balkis watak gadis normal yang banyak wujud dekat dunia. Itu yang bagus tentang Nurul Syahida. Dia lebih suka menulis tentang realiti berbanding fantasi tahap karma ke lapan.

2) Nurul Syahida pandai menulis ayat-ayat yang simple, sarcastik dan dalam masa yang sama ada maksudnya yang tersendiri. Pengolahan ayat yang menarik dan penggunaan bahasa Inggeris yang bagus. Ayat-ayat dalam novel ini, kau orang jangan risau, kelakar. Aku baca novel ini waktu tahun satu diploma dan banyak kali housemate aku pikir aku gila waktu baca sebab tergelak sorang-sorang. Buktinya, aku dah tak terkira berapa banyak kali aku dah khatam novel ini. Some best quotes from the novel;

"Kadang-kadang kita perlukan drama dalam hidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa namun bukan untuk ditelan!"

"Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya Cintakan Awak' untuk memberitahu seseorang yg memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami."

"Kau gila Kis? Esok ada 5 kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku."

3) Watak Zaniel. Lelaki perfectionist tahap gaban, banyak duit, gaji besar, hensem sudah semestinya dengan pertuturan bahasa Inggeris yang bagus (bukankah lelaki yang pandai berbahasa Inggeris itu seksi? Eh? Haha!),hebat dalam kerjaya dan digelar "Bangsar Most Eligible Bachelor" di dalam novel ini. Cukup untuk membuatkan semua pembaca wanita teruja bukan? Jadi plot jadi makin menarik dalam cerita ini bila Balkis mula kenal dengan Zaniel. Dari mula dia kenal lagi kau orang takkan berhenti tersenyum kalau baca. Cuma apa yang jadi lepas itu, kalau nak tahu kena baca sendiri lah.

4) Watak Apis Milo. Nama memang tak glamour dan tak membangkitkan nafsu pembaca tetapi bagi aku nama tu comel. Jangan salah anggap, Apis Milo dalam novel ini bukan budak lelaki sekolah menengah rendah. Pada permulaan, aku ingatkan Apis Milo ni watak tempelan je, setakat lelaki yang jaga kaunter kedai serbaneka @ koperasi di universiti si Balkis ni, tapi Apis Milo ada rahsia dia yang tersendiri dan tanpa aku sedar, Apis Milo lagi best daripada Zaniel. Haha. Tapi apa yang paling aku suka tentang Apis Milo, ialah bila dia burn macam2 lagu dalam satu cd dan bagi kepada Balkis. Apis juga tulis pada cd tu sebagai "Koleksi Lagu-lagu Hati". Kalau nak tahu apa yang best pasal cd tu, kenalah baca, ye dak?

5) Books! Books! Books! Ya, dalam novel ini, Balkis digambarkan sebagai gadis yang sukaaaaa membaca dan novel2 yang dia minat, memang bukan calang2 punya. Sebenarnya, novel2 yang Balkis baca dalam novel ini pun adalah novel kegemaran penulis. Kadang2 aku rasa Balkis itu hampir 80% adalah diri sebenar si penulis sendiri. Disebabkan novel Plain Jane nilah aku cari novel "Tenggelamnya Kapal Vanderwijck" macam orang gila. Balkis juga peminat tegar karya2 Jane Austen. Jadi, pertama kali dia jumpa Zaniel, die terbayangkan Zaniel itu tak ubah macam Mr Darcy dari novel "Pride & Prejudice". Kalau rasa nak jumpa Mr Darcy melayu versi Zaniel, bacalah novel Plain Jane ni.

Keseluruhan, Plain Jane adalah novel wajib baca. Novel yang ringan, tak perlu untuk menangis atau sakit hati ketika membaca malah kau akan banyak gelak sorang2 tanpa orang sekeliling fahami. Banyak pengajaran dan tak rugi beli. So, belilah!

Nota kaki penuh : Penerbit patut cetak semula cover depan novel ini yang lebih membangkitkan emosi si pembeli untuk beli. Nurul Syahida Kamarudin ini penulis favourite aku. Akan ada review lagi untuk novel dia yang lain. Chau!





Monday, September 17, 2012

"Bila kau nak kahwin?"

"Kau belajar laiekan? Bilo habeh?" soal seorang mak cik dalam loghat Negeri Sembilan yang hanya aku sahaja kenal tanpa perlu aku hebohkan identiti dirinya.

"Dah habeh dah Cik. Dah kojo dah pun", jawab aku penuh sopan santun persis wanita Melayu terakhir.

"Owh, dah habeh dah. Dah kojo lak tu. Bilo nak kahwin?" tanyanya lagi penuh unsur-unsur prihatin tahap kelapan.

"Heeeeeeee.......belum jumpo laie jodoh eh", jawab aku sambil sengih sumbing persis kambing gurun dihadiahkan selimut baldu buatan Kazakhstan.

Dulu kau belajar lagi. Orang akan asyik tanya pasal hidup kau sebagai pelajar. Belajar ok? Senang tak belajar? Bila habis? Dah habis nak buat apa?

Sekarang kau dah kerja. Dan normal dalam masyarakat Melayu Malaysia beragama Islam, pemuda pemudi yang sudah habis belajar dan melangkah ke alam pekerjaan itu wajib ditanya bila dia nak kahwin. Huh.

Tiada masalah, Tanyalah banyak kali. Aku sudi menjawab dan memberi jawapan terbaik yang boleh aku keluarkan dari mulut sebab aku hormat orang-orang tua (aku kadang-kadang aje nak puji diri sendiri). Aku baru 23. Muda. Muda lagikan.

Tapi, kalaulah 5 tahun lagi aku masih single, available dan sihat walafiat tanpa penyakit2 kronik dan mampu hidup sendiri, ini bermakna selama 5 tahun ini juga aktiviti menjawab soalan sebegitu seakan-akan aktiviti wajib dibuat terutama sekali waktu hari raya, kenduri -kendara atau apa-apa sahajalah.

Tiba-tiba aku rasa angker, seriau dan macam...macam...macam....macam rasa tah apa2.

Tah apa2 tu maksudnya aku rasa takut kalau betullah takdir Tuhan yang aku akan menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang sama dalam tempoh 5 tahun akan datang atau lebih lagi. Takut..takutnya bila ingatkan benda macam tu.

Tapi siapalah kita manusia biasa nak melanggar Qada dan Qadar yang ditentukan oleh ALLAH SWT. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan bukan? InsyaAllah ada jalannya.

Cuma aku bermohon, jika anda sudah kerap kali bertanya soalan 'kahwin' dan 'anak' pada orang yang sama saban tahun, perlulah diingatkan diri sendiri, paling lama pun  biarlah 3 tahun berturut-turut sahaja soalan itu dikemukakan. Tolonglah faham hati dan perasaan mereka itu. Kalau yang belum kahwin tu, bila dia dah nak kahwin nanti, sampailah undangan tu. Waktu tu jangan tak datang pulak. kalau boleh tolong datang awal untuk kerja-kerja rewang sekali dan tolong gubah hantaran. Barulah berbaloi soalan-soalan yang kau orang duk tanya selama ini. Yang dah kahwin lama, bila sampai rezeki Allah mereka dapat anak, akan dipertontonkanlah oleh mereka zuriat cinta hati mereka itu di hadapan anda siap dengan jemputan ke kenduri cukur jambul dan akikah sekali. Jika mereka mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat, janganlah dikeji atau mempamerkan wajah seolah-olah mintak tendangan Bruce Lee. Sesungguhnya hormati keputusan mereka sebab itu hidup mereka, toksah anda sibuk-sibuk masuk campur.

Aku baru 23 tahun. Baru setahun kerja dengan jumlah simpanan yang masih berlubang sini dan sana, masih pening memikirkan masalah yang aku hadapi dek kerana keinginan nak sambung belajar dan yang paling utama sekali jangankan lubang hidung, bayang calon jodoh pun masih samar-samar lagi. Tetapi aku sendiri kadang-kadang terasa lelah dengan soalan-soalan sebegini dan keadaan ini buat aku terfikir, bagaimana pula perasaan mereka yang sudah jauh berusia tapi masih lagi sendiri atau yang sudah lama mendirikan rumahtangga tetapi masih berdua? Mesti perit. Mesti sedih. Mesti sakit hati. Mesti tension. Mesti rasa nak tampar orang.

Manusia, tolonglah belajar fahami perasaan mereka itu. Tapi aku faham. Itu normal dalam masyarakat. Kita tak boleh elak, kita perlu tempuhi. Just ingat satu perkara;

SABAR. INSYAALLAH ADA JALANNYA

Jadi, aku nak mula cari jalan aku sendiri. Sebab mak aku kata, apa-apa pun yang kita nak daripada Allah, kita kene cari jalannya sebab jodoh dan rezeki tak datang bergolek geng. Kau usaha dan kau dapat. Mungkin sejuta kali berusaha baru Allah makbulkan tapi usahalah sebab setiap yang Allah tentukan untuk kita tu adalah yang terbaik sekali.

P/S : Sape2 yang menjalankan perniagaan mencari jodoh, bolehlah daftarkan nama aku, aku tengah cari jodoh sebab menunggu jodoh, jodoh tak datang. Entah mana jodoh aku ni, aku kena cari as soon as possible bagi mengelakkan sedara-mara dan jiran-jiran kecewa mendengar jawapan yang sama kalau tanya aku bab jodoh, pakwe, kahwin or tunang. HEH!

Saturday, July 16, 2011

Filem baru Syamsul Yusof lepas KL Gangster - "Hoi Bapak Udang! Jangan Kacau Bapak Ayam!"

Gua nak ucap Assalamualaikum (ingat Nabil je ke pandai bagi salam)

Wah..gua tengok Syamsul Yusof tu makin tinggi dia punya idung...dah nak sama tinggi dengan idung zirafah....gua panas je dalam hati tengok...betul punya pailang nampak! Gua tengok die kecik besar kecik besar je...gua memang tak puas hati..gua  memang berapi je dengan mamat ni...gua kalo jumpe dia..gua memang bagi hantam bagi bengkok ni brader...gua kalo jumpe die..ayat pertama gua nak hentam die punye telinga..ayat cam ni;

"Brader..lu bile nak pinang gua? gua tak mintak bnyak..RM70 000 buat hantaran cukuplah...sikit punya timbang rasa wa kat lu bhai"

Amacam? Tak tergode ke dengan ayat gua yang macam romantik dan karat tak ingat ni. Sempena mood KL Gangster yang dah merasuk diri gua (walaupun tulus from deep of my heart..gua belum tengok lagi KL Gangster lu bhai....gua bukan malas..cuma gua risau kalo time raya nanti cerite lu keluar astro...kan dah rugi kalo gua tengok awal2..gua mesti support astro...lepas ni gua nak ajak lu kasi bako itu astro)...wei bhai? lu senyap je..ke lu bernanah telinga ngan gua..sorrylah bhai...lu kasi gua mati dululah baru gua diam.....hahahahah.

Lantaklah bhai..disebabkan lu..a.k.a Syamsul Yusof a.k.a Sol (nama glamer lu gua dengar Jozan duk ngumpat lu...gua rembat ah name ni) macam tak teringin pon nak ngorat gua..biar gua ngorat lu bhai...ni gua nak bagitahu..gua ni setakat masak2 ni gua bole duh..lu tak risau ah kot2 kena makan pasir ke, penumbuk ke, papan ke lepas kahwin sebab gua memang boleh masak kasi perut lu kembung..arini gua nak cerite kat lu macam mane nak masak hasil resipi ajaran turun-temurun warisan keluarga gua dari uwan gua yang die duk ajar mak gua dan mak gua duk ajar sama gua..lu dengar..bukak lu punya telinga bagi clear...lu jangan macam2 dengan gua..duduk sini dengar!

Woi langau! Tepi..tepi..aku nak balik makan nasi ni!..Tepi!!!!!!!!


RESEPI OMAK DEN, MADE FROM GOMONCHEH;

UDANG MASAK GULAI LOMAK CILI API

Gua tau lu suke makan seafood...lagi2 bila nama lu Shark...tapi gua mintak sorry lah awal2..gua carik jugak ikan jerung kat pasar tapi gua tak jumpe..gua masak udang je..hentam..

BAHAN-BAHAN (ini bukan aktiviti membahankan orang tapi bahan-bahan yang diguna oleh gua untuk masak):

1. Mestilah kena ada udang...kalau nak masak udang lu gune sotong..lu memang nak kena tibai ngan gua


2. Dah name pon masak gulai..so, pandai2 lah carik kelape tuk diperah santan, bagi yang pemalas bole beli santan kat kedai..dah siap perah toksah nak perah lagi takpon beli je santan cap kara

Ni kelapa yang dah di mesin/parut..kena perah dapatkan santan ye..bukan masak yang ni




3. Kalau nak sedap...lu boleh tambah sayur-sayuran yang sesuai dalam masakan ni..maksudnya..kalau lu teringin nak gulai udang dengan sayur kangkung..memang gua hentam je kepale lu..pilih yang logiklah macam terung ke...tomato ke..gua plak pilih peria..pahit tu ubat. Kasi potong ni peria dulu. Hiris2kan

4. Kunyit serbuk apa2 jenama lu hentam saja

5. Cili api / cili padi yang dah dimesin/ditumbuk 
6. Mesti ada garam....jangan guna gula..pantang mak gua gulai lemak cili api letak gula

7. Asam keping...lu kalo kenal asam boi je..tak tahu macam mana ciri2 fizikal asam keping..googlelah bhai!

8. Bawang merah dan bawang putih...gunalah setiap satu dalam 2 ulas...ikut kuantiti udang..lu guna banyak udang..banyaklah bawang

CARA-CARA LU NAK MASAK :
1. Mula-mula lu mesti rembat satu periuk...nampaklah proper masak gulai guna periuk..bukan frying pan. Saiz periuk ikut kuantiti nak masak..yang penting mesti muat.

2. Lu masukkan udang yang lu dah kasi siang dan bersih dalam periuk. Gua gigit lu punya telinga kalau taik udang pon still ade lagi tapi lu bantai masak.

3. Then, lu masukkan santan kat dalam periuk yang dah ade udang. Tips die kalau lu tak tau lu nak curah berapa banyak santan, lu tengoklah...kalau udang dah tenggelam tu kire cukuplah. Janganlah terlampau banyak sangat santan....kirenye..kalau udang lu tu stu mangkuk...santan lu guna dalam 1 setengah mangkuk udang tu. Nak lebih bole gak.
4. Bolehlah lu letak periuk tadi tu kat atas dapur gas. Kasi nyala api.

5. Sekarang, lu boleh masukkan cili. Kalau ikut kuantiti udang yang gua masak dan gua suka pedas2..dalam 3 setengah sudu makan lada gua letak. Tu kire okey dah..nak lagi pedas tambah lagi 1 sudu setengah lagi.

6. Then letaklah kunyit serbuk. Agak-agak lu lah bhai....letaklah bpe bnyak serbuk pon ikut level kuning yang lu nak. Gua letak dalam 1 setengah teaspoon.

7. Then, letak pulak asam keping. Mesti lu basuh dulu bhai...lu jangan jadi pengotor tak basuh pulak asam keping tu....so, letaklah dalam satu keping...kalau kecik letak 2 keping..ni nanti kalo tak rase sangat boleh letak 1 keping besar dan 1 keping yang kecik sikit.

8. Boleh letak garam dulu...sebab nanti bile dah menggelegak nanti lu boleh test lagi sekali kalau tak rase garam die bhai..so, lu letak garam sikit dulu..dalam 1 setengah sudu teh / sudu garam.

9. Agak-agak macam lu nampak bahan dalam periuk macam nak menggelegak...masukkan sayur yang nak campur tadi. Gua masukkan peria yang gua minat giler tu waktu mula2 nak menggelegak.

Ambik ko..ni peria!
10. Lu kacau2 lah masakan lu tu..jangan sampai menggelegak berbuih-buih sampai keluar dari periuk. Makin lame lu boleh nampak dengan mata kepala lu masakan makin lame warna makin kuning.

11. Sambil2 tu, try testlah rase tawar ke, masin ke, payau ke. Rase kurang tambah garam ke..pandai2 lu lah agak letak garam ikut suka hati lu punya jantung.

12. Akhirnya, bila rasa punya level lu dah puas hati, masakan dah jadi kuning, sayur yang masuk tadi dah empuk, udang pon dah empuk...so..dah masaklah tu. Lu tunggu apa lagi? Tutuplah api dapur gas!

Camnilah hasilnya..tapi ni belum kuning lagi..lu tunggu lagi beberape minit sampai kuning macam gulai tulah

13. Dah siap..dah bole mencekik..hidanglah..kalau lu nak makan dengan periuk2 sekali pon boleh

Nah ambik ko..aku siap ade side dishes lagi..ada bran?

SO.........amacam Shark? Lu ada berani tak nak pinang gua? Gua dah nampak lu macam sengih habis serupa macam jerung kat laut menyeringai nampak Paris Hilton mandi berbikini. Lu dah syok kat gua..lu cakap bhai..jangan buat gua panas je. Rembat gua secepat yang mungkin..gua tak mintak banyak, lu bagi gua keta sport satu ganti cincin belah rotan sudah. Nah, makan gulai ni sampai tercekik!

Gile sedap lu masak!...gua tak kire..ini perempuan gua punya..lu abang cik ka, abang andak ka..ini pompuan gua punya! Lu kalo taknak kahwin ngan gua..gua kasi pecah lu punya kepala!

Heh! Suka hati kau nak pecah kepala aku..aku pecahkan lubang idung kau dulu


P/S: Entry aku takde kene mengena dengan tajuk....layan!














Thursday, June 16, 2011

DARI ALAM ANGKER - Kisah 2 : Bila Langsuir Menangis

sambungan.................

(Jangan ah marah2 sebab crite tergantung..ni aku sambung, ha..ambik!ambik!bace!)

Lepas je selesai menyidai baju, kitorang pon gerak balik masuk asrama dan menuju ke bilik. Letih banget aku tengok muka si LG...bak kata Baim Wong dalam sinetron Sejuta Cinta Shaheeda Marshanda - "kecapekan!"

Sampailah kitorang kat bilik. LG cakap, dia memang dah tak larat dah nak buat apa-apa, hatta pergi ke tandas pon dah tak larat. Bagi dia, tahan je lah sampai pagi esok, yang penting dia nak tido je sekarang. LG terus tidur sambil sebelum tu sempat say gudnite kat aku ngan lagi dua orang roomate aku, Wakaka (bukan nama sebenarnya) dan Jozan(bukan nama sebenar gak). Katil LG sebelah katil Wakaka, dan katil aku plak bersebelahan ngan katil Jozan. Apa kejadahlah nama samaran yang aku bagi kat kawan aku ni..argh!..lantak ah!

Before ni aku ada cakap yang aku nak masak megi 2 minit tu. So, lepas je si LG dah terbongkang tido, aku pon terus memasak(cara cakap macam nak masak rendang ayam). Sementara tengah tunggu megi tu betul2 empuk, si In (classmate aku dan bilik dia selang satu bilik ngan bilik aku, aku ada mention pasal budak ni kat entry lepas) pon datang menziarah. Apalagi, kitorang pon borak ah cam cik kiah berjumpa mak temah walhal waktu prep tadi berborak juga, gaya macam mati je kalau tak berborak 24 jam. Pintu bilik dibuka, memang dibuka pon utk biar cahaya lampu koridor masuk. Biasanya, kalau dah pukul 12 ke atas, aku ngan roomate lain akan buka balik lampu( kalo warden muncul, tutup ah) tapi disebabkan malam ni si LG dah tido dlm keletihan, aku taknak ah bukak lampu. Bagi dioa nyenyak tido..kesian beb.

So, dipendekkan cerita, In pon baring2 atas katil aku sambil kepala dia hadapkan ke arah katil LG. Aku pulak duk kat lantai sambil makan megi. Wakaka duk study biologi, si Jozan duk nak buat hot coklat(kot..sebab aku tak ingat dia tengah buat apa waktu tu). Kitorang suma cot-cet sesama sendiri. Memang nikmat aku makan megi .
Tengah aku syok makan (waktu tu baru 3 suap aku jamah), tiba-tiba In bersuara.

In: Eh LG, apsal bangun? Tak leh tido ke?

Kitorang sume pandang LG. Suapan ke 4 aku terhenti. Dia diam, tak bersuara. Aku pulak tiba-tiba tanya dia;

Aku: Weh,nak megi? (Sambil angkat mangkuk megi cam angkat piala emas acara tembak2)

Senyap. LG senyap.


Dia cuma duduk tegak, tak bergerak langsung. Dan tiba-tiba dia cakap dia penat.Penat sangat, katanya. Kitorang swoh dia tidur balik. Dah nama penat, apa kejadah pulak tiba-tiba nak bangun. So, LG baring balik. Aku sambung lagi makan. Syok gila....sampailah In tiba-tiba tepuk bahu aku. Aku pandang dia dan buat muka cam bengang sebab kacau pemakanan aku....tapi In terus buat muka seolah-olah dia baru je dapat perintah mahkamah, kena gantung sampai mati. Mata In terus hala ke LG. Aku pahamlah maksud minah tu. Dia swoh aku pandang LG. Aku pun pandang ah ke katil LG.

LG dah bangun lagi sekali. Duduk melunjur. Matanya tepat memandang aku ngan In sebab kitorang macam berhadapan dengan dia.

Aku dengan In mula rasa cam LG lain macam. 2,3,4 kali In tegur dia, panggil2 dia tapi dia diam je. Tak berkata tapi mata dia...walopun gelap dan ada cahaya lampu koridor je melimpah masuk dlm bilik aku,,,tapi aku boleh nampak macam mana mata dia waktu tu.

Macam....macam pandangan yang..seram.

Wakaka dengan Jozan pulak pun sama duk tanya2 LG. Kitorang suma dah bangun dari duduk. Bergerak ke arah katil LG. Mana tau ada masalah. Bila dah datang dekat dia....lagi jelas aku boleh nampak mata dia. Aku duduk depan dia, yang lain plak berdiri dekat2. Kitorang berdiplomatik ah, tanya dia..kenapa, apsal tak tido, ada masalah ke, cerita lah.

dan..........tiba-tiba....dia sengih...bukan, bukan sengih...tapi lebih kepada menyeringai....macam tu.

Waktu tu, susah aku nak cakap tapi sebagai kawan dan teman sebilik LG, aku dan yang lain2 tahu...menyeringai dia itu dah membawa maksud lain.....lebih tepat lagi...minah ni dah macam kena sampuk...sebab, muka tu..bukan muka LG yang aku kenal.

Apalagi, aku terus bangun. Yang lain pun gerak jauh2. Muka masing2 dah cuak...saling2 pandang-pandang. Tanpa kata pun kitorang dah faham yang masing2 cuba sampaikan ayat macam ni;

"LG dah lain macam..macam kena sampuk..macam kena rasuk...ke histeria?"

"Aku rasa LG ni lain macam ni...macam terkena sesuatu ni", kata In kat kitorang.

"Nak buat apa ni?" tanya aku sambil waktu tu LG dah sengih2 pandang kitorang suma.

In terus berlari keluar sambil kata dia nak panggil Naimah. Naimah tu roomate In. Dia kira cam yang paling alimlah antara kitorang...kira aku ni perangai cam babun,,,naimah tu cam ustazah ah..(ustazah ah sangat..kihkih)...Naimah datang..lampu bilik dibuka.

Hambik kau. Bila lampu dah buka...aku boleh nampak mata LG merah gila. Macam merah saga....takpun merah macam mata vampire...(serius..waktu tu, aku takut pandang mata dia dan kitorang memang elak dari pandang mata dia). Kitorang try berinteraksi dengan LG...tanya dia, suruh dia mengucap....tapi malangnya...dia terus menyeringai..ketawa...dengan mata merah dia tu..perghh...si Jozan awal2 dah lari keluar bilik...takut nak mampus...cipan!

Tinggallah aku, In, Naimah dengan Wakaka. Waktu ni takde sape lagi tahu apa yang dah jadi...tapi disebabkan si Jozan dah berlari keluar...so, mesti ah sume orang yang masih tak gheti nak tido lagi kat asrama ni tahu. Beberapa budak yang berani, masuk dalam bilik aku.

Kitorang start baca yassin. Waktu baca tulah, si LG agresif sikit. Dia tak meronta-ronta tapi die tolak-tolak kitorang yang tengah membaca ni. Serius, aku pegang tangan dia yang duk tolak2 bahu aku tu, sambil tu dia cakap dengan suara garau(bukan macam suara normal dia);

"diamlah..janganlah baca..diam..diam..berhenti!"

Kuat. Kuat betul tenaga LG waktu tu. Sambil baca Yassin, sambil tangan aku pegang tangan LG. Kuat macam tenaga lelaki. Kitorang ramai2 pegang dia. Sambil tulah dia merayu;

"Panas..aku panas..jangan baca!"

Dan tiba-tiba dia nangis. Peluk Naimah yang duk sebelah dia;

"Naimah..aku takut...naimah..aku penatlah..penat sangat...naimah..takut"

Waktu merintih tu, LG macam jadi diri dia yang sebenar...dia menangis dan merayu dekat kitorang.

"Tolong..aku penat..tolong aku takut..."

Ni jugak yang LG katakan..kitorang teruskan lagi baca Yassin..ada yang lain, duk berkerumun jadi penonton...cis..(tapi waktu tu..entah kenapa..takde sorang pun terpikir nak panggil warden..entah..aku pon tak tahu..namepon aku ngah sibuk handle LG dlm bilik)

Lepas merintih dan merayu...LG tiba-tiba bertukar balik cam mak lampir. Suara garau...marah2 kitorang suruh berhenti baca Yassin..tolak2 kitorang ngan tenaga luar biasa....tapi still tak agresif...still terkawal....Dan dia bertukar balik jadi LG yang sebenar..kembali merayu dan merintih....Merayu dekat Naimah...cakap penat..berhentilah baca..tolong aku..aku panas..aku takut.....tapi waktu tu...Naimah buat dek je....kitorang yang lain tinggal bapa kerat je lagi ayat nak habiskan bacaan...aku dengar naimah tanya dia siapa;

LG:Tolong..aku penat...aku takut.....(merayu..tapi nampak cam tipu)

Naimah pandang dia. Tajam.

Naimah: kau siapa...jangan kacau kawan aku...

LG:naimah..panas...takut....aku panas....penat.......

Naimah:Keluar..jangan kacau dia...

LG tiba-tiba ketawa..menyeringai...sambil ketawa..dia pandang2...jenguk2 kat muka kitorang yang lain..aku dah seram sejuk dah..bulu roma boleh tercabut gak lah time tu...ketawa dia tu..mak aih..memang cam mak lampir. Rupa-rupanya..ade masa...yang merayu tu LG..tapi ade masa...."bende" dalam badan LG tu yang menyamar jadi LG...duk merayu2 kat kitorang. Macam tulah keadaan dia..sekejap ganas..sekejap merintih..ketawa...menyeringai sambil pandang kitorang..sampailah kitorang habis baca Yassin.

Lepas tu..aku cam samar2 je...tapi yang aku ingat..lepas penat duk sekejap ketawa..sekejap merintih....sapu muka dia ngan air Yassin...(kot..tak bape ingat)...suruh dia mengucap...baca macam2 ayat....last2 skali..LG jadi lemah..time tulah dia menangis sepuas-puasnya..dia cakap dia takut sangat2...penat sangat2....akhirya..dia yang dalam pelukan Naimah waktu tu...akhirnya tertidur. Kitorang perlahan-lahan baringkan dia...dia tido.

Semua orang terus keluar dari bilik. Jam dah tunjuk pukul 2.40 pagi..........megi aku dah kembang...homework aku dah terbungkang tak dibuat.

Semua orang tergosip....tanya itu-ini. Kitorang..ahli pasukan penyelamat LG dah tak larat nak cakap ape. Cuma..mampu bersyukur sume dah selesai. Satu kejayaan pada kitorang...masalah settle tanpa campor tangan warden yang garang tu. Suma orang duk tanya aku, camne leh jadi camni...aku diam...duk termenung....dan akhirnya aku bersuara;

"Tadi..tengah malam tadi..aku ajak dia teman aku sidai baju kat belakang. Dia kata dia penat sangat waktu tu....sebab tu ke dia kena? Tapi aku takde apa-apa lak" tanya aku balik kat diorang.

Suma angguk2..buat muka tengah memikir habislah.

"Mungkin jugak...dia penat sangat...'benda' tu senang ah nak masuk. Dia penat, keadaan dia lemah plus emosi tak stabil sebab banyak kerja...tu yang kena sampuk kot...keteguran kot...kau tak kena sebab kau kuat..hehe", jawab Naimah. Yang lain pun sokong.

"Aku rasa bersalah lak..kalaulah bukan sebab aku yang ajak dia teman aku sidai baju malam2 buta ni..mesti dia takde apa2", jawab aku lagi..menyesal sungguh ayat.

"Benda nak jadi..takpelah..dah settle pon", In tolong jawab..tenangkan hati aku gak.

Akhirnya...disebabkan jam dah tunjuk pukul 2.55 pagi, kitorang sume masuk tidur dan berhenti cakap pasal kejadian tu.

Esok paginya...waktu nak kejutkan LG...bangun Subuh dan siap g sekolah..dia nampak normal..macam tak ada apa-apa jadi. Cuma waktu aku kejutkan dia, dia just cakap;

"Aku rasa cam baru bangun daripada buat kerja yang berat gila...rasa cam penat sangat ah...tak puas tido"

Kitorang yang lain dalam bilik tu..mampu senyum je. Kitorang pun tak kata apa-apa pagi tu...cerita tu pun tak dibangkitkan.

Sampailah.............

Tengahari tu...lepas lunch, kitorang masing2 balik bilik nak bersihkan diri dan solat Zohor sebelum pergi prep petang pulak. Waktu tulah sio LG tanya kitorang, apa yang jadi dekat dia semalam. Kitorang pandang2 antara satu sama lain. Aku tanya dia, dia tak ingat ke apa yang jadi, then dia cakap dia tak ingat apa2 pun. Dia pelik sebab pagi tadi waktu kelas agama...ustazah X (warden kitorang)..panggil dia kat depan dan tanya sama ada dia dah ok ke belum. Dia pun pelik dan tanya ustazah tu apasal tanya dia macam tu. Ustazah tu pun cakap yang budak junior yang cerita kat dia apa yang jadi kat LG...tapi ustazah tu suruh LG tanya orang lain apa yang jadi disebabkan LG tak ingat langsung apa2. Tapi ustazah X siap pesanlah, kalo jadi lagi macam ni...panggil dia..hehhe...rasa cam tergugat kot.

Akhirnya, kitorang pon cerita apa yang jadi dari A sampai Z. Hambik ko! Terkejut beruk si LG. Tak percaya sampai ternganga. Dia terus rasa seram sejuk...kitorang ni...dari semalam punya seram tak ilang lagi. LG memang terkejut gile!

Sejak malam tu....kitorang dah kurangkan dah aktiviti sidai2 baju malam2 ni. Budak2 lain pon kena tempiasnya, takut nak sidai baju malam2. Lepas dengar je cerita "tersampuk di ampaian" tu..budak2 dah jarang nak basuh baju malam2...er..tapi kejap je lah..lepas cerita dah basi...dah tak ingat...diorang start baliklah aktiviti lama...termasuk aku..hahah

Seumur hidup aku..itulah first pengalaman "kawan aku disampuk setan" jadi dalam hidup aku. Mungkin taklah seseram mana cerita ni..tapi tetap beri kesan kat aku jugak. Pengajarannya...tak elok pergi menyidai baju malam2...mana tahu, mungkin waktu malam tu..si LG ni tertolak anak setan tengah gayut2 kat ampaian..tersepak anak setan ngah kencing ke...mana tahukan........mereka makhluk yang tak nampak dek mata kasar manusia.........renung2kan.............



Saturday, June 11, 2011

DARI ALAM ANGKER - Kisah 1 : Bila Langsuir Menangis


Sekarang jam menunjukkan tepat pukul 1.34....dan aku tiba-tiba termenung buat seketika, jari-jemari yang tidak berapa halus, mulus dan cun ibarat jari-jemari Nora Elena (chewahh!!) ini terhenti daripada mengetuk kekunci. Nasib baik tak bersawang.

Blog.
Blog aku.
Nasib baik takde sawang.

Ha...ha...ha...haa!

Memang banyak cerita nak dimerepekkan di sini tapi aku MALAS. Itulah alasan paling klise. Tapi aku memang dah malas, nak buat camne lak kan? Tapi, hari ini, cik badak bajet pink tapi sebenarnye kelabu a.k.a kembar aku (sebab waktu sekolah dulu, budak junior mesti asyik tersilap panggil nama aku, diorang selalu tertukar nama aku ngan nama kawan aku cik badak bajet pink tapi sebenarnye kelabu nih..pastu nak buat muka cumil cakap; "Eh, ingatkan kak lily tadi, ghupenyer kak sheeda!".....tensen!). Eh, apa aku merepek ni? Patut aku cerita pasal budak badak ni, tapi dah melalut hal junior lak..hahahha...so, cik badak ni a.k.a lily namanye dah duk pot pet tanyer, bila aku nak update blog....jadi, disebabkan peminat aku dah tanyer, aku update jelah..tak gitu?

Aku tengok, otai-otai blogger, yang separuh otai, yang sikit-sikit otai dan yang cikai cam aku...banyak gak tulis entry pasal cerite hantu. Hantu heng sanalah, umah diorang berhantulah, adik diorang kena kaco hantulah...takpon cerita hantu reka-reka sendiri. Jadi, aku pikir, apalah salahnya kalau aku pon nak sibuk-sibuk cerita pasal hantu gak. Tapi hari ini, aku nak cerita benda betul-betul jadi punye. Pengalaman aku sendirilah. Takut tak? Mungkin lepas ni Uncle Seekers tu boleh bungkus blog dia, sebab blog aku plak populer...aku jadi Mak Cik Seekers lepas ni.

Hebat.
Perasan lak kau ni.

Intro dah panjang, aku pon tak nak ah membebel lagi. Terus ceritalah. Ni kisah aku waktu Form 5. Bila aku ingat balik, aku rasa nak reverse je jam kehidupan aku ni, pergi balik waktu tu. Sebab, aku nak repeat balik trial SPM..erk? Apa aku cakap ni? Repeat SPM? YEK, malas ah!

Okeh, serius! Dipendekkan cerita, asrama aku, kitorang ni tinggal bilik-bilik. Satu bilik, ada empat orang babun student. Sorang roomate aku, namanya Lady Gagak (bukan nama sebenar) a.k.a LG ni amek seni lukis tuk subjek SPM dia. So, nak dijadikan cerita...budak-budak amek seni lukis selalu balik lambat ah ke asrama. Selalu diorang tak join prep, nak-nak lagi waktu tu tengah busy nak siapkan projek SPM punya pasal. Budak-budak cikai cam aku ni, selalunya kul 11.30 confirm dah ngilai-ngilai kat hostel dah...nama hostel aku ATT iaitu stand for Asrama Tun Teja.

Biasalah, aku ni memang suka buat aktiviti malam-malam bute. Stay-up buat revision homework yang tak siap waktu prep sebab banyak borak, makan-makan megi nak isi perut kalau DS (dewan selera) tak hidang makanan yang lebih menaikkan nafsu waktu supper, borak-borak sambil melawat geng-geng dari satu bilik ke bilik yang lain dan tak lupe juga untuk basuh baju kotor aku. YUP! Malam masih muda. Jadi, satu malam tu, aku pun pergilah melenggang ke tandas tuk basuh baju. Rasanya jam waktu tu tunjuk pukul 11.50 rasanya. Tandas tak banyak orang. Aku sorang je yang terkial-kial basuh baju malam tu. Hanya ada 2, 3 orang je manusia singgah sebab nak terkencing.

Settle.
Baju sume dah settle dibasuh.
Jam menunjukkan pukul 12.30pagi.

Aku masuk bilik. Tengah berkira-kira, patut ke aku sidai baju sekarang atau sidai pagi esok je. Ampaian kalau nak diikutkan, sebelah bilik aku ni je, bukak tingkap, dah nampak. Siap ado bumbung laie. Tapi, nak pergi ke ampaian tu kalau jalan kaki, nak kena buat u-turn, punyalah jauh woi! Itu yang malas tu. Tapi bila aku pikir, kebarangkalaian aku nak sidai baju aku pagi esok tu mungkin hanya 0.001% jeh. Dahlah bangun lambat, cukup-cukup je waktu tu untuk aku spendkan diri aku untuk mandi pagi, solat subuh dengan bersiap-siap sebelum prefect menggedik nak kunci asrama. ARGH!!! Aku fed-up! Nak g sidai alone, aku cam cuak pulak hari ni! Nak ajak orang, lagi 2 ekor roomate aku dah ghaib. Yang lagi sorang, si LG tak balik-balik lagi dari bilik seni sebab buat projek. Nak ajak yang lain, pon aku malas. Last-last, aku malas nak pikir, aku capai mangkuk, sudu, garfu ngan sepeket megi tom yam. Ready nak melantak.

Pukul 12.50.

Tengah terkial-kial betulkan tuala kat pinggang aku yang nak melorot, aku nampak LG balik. Gembira plak aku bila nampak dia..rasa macam nampak Johnny Depp bawak rombongan nak meminang. Muka Lg memang tak boleh blah. Muka penat nak mampus. Capek banget!

Dia senyum je kat aku. Aku pun senyum dan start buka cerita. Dia layan je. Tetiba aku teringat something. Aku ngan LG ada hobi yang sama. Basuh baju tengah malam. So, kalau ada hari si LG basuh baju tengah malam, aku yang akan teman dia gi sidai baju.... Tapi, selalunya si LG yang akan basuh baju tengah malam dan swoh aku teman dia. Aku selalunya akan berani pergi sidai- baju sorang2 memalam cenggini. Jadi, aku dapat idea.

Aku : LG, aku dah basuh baju. Banyak oo. Kau rasa better aku sidai sekrang jugak ke atau aku sidai esok je.

LG: Sidai jeh malam ni, kau macam lah bangun awal esok. Tak sempat punya nak sidai kalo tunggu esok (jawab dengan suara letih)

Aku: Tapi aku cam cuak ah nak g sidai malam ni. Dah dekat kul 1 ah.

LG: Meh aku teman!

Aku: Alah, toksah ah! Kau letih kot. Baru balik lagipun. Aku ajak In ah!(In tu classmate aku, bilik dia selang satu bilik ngan aku...tu pon geng bersantai waktu malam gak)

LG: Takpe ah, aku boleh ah teman. Ralat lagi.

Akhirnya, lepas si LG beria-ria confirmkan aku yang dia boleh temankan aku, aku pon layankan jelah. Kitorang pon sama-sama menuju ke tempat ampaian tuk menyidai. Suasana memang sunyi. Walaupun budak-budak kat asrama tak tidur lagi dan masih duk heng sana heng sini, tapi kawasan ampaian tetap sunyi sepi dan gelap. Hanya ada cahaya lampu dari bilik-bilik yang degil nak light-off je menerangi kawasan. Kat belakang asrama pulak, kawasan hutan.....terdengar suara unggas sahut-menyahut. Sambil menyidai, kitorang borak-borak sebab nak hilangkan cuak. Tapi aku tahu, si LG ni letih bebenor. Mata dah minta nak pergi tidur. Bila dah habis sidai baju, aku memang lega tahap maksima. LG terus ajak aku cepat-cepat berambus dari situ sebab tiba-tiba dia kata dia letih sangat dan tak larat dah walhal tadi boleh gak borak walopun macam terpakse jeh. Kitorang pon blah...........

dan.......

bermulalah kejadian yang tak pernah aku sangka akan jadi dalam hidup aku...juga dalam hidup LG....

kejadian yang aku takkan lupa sampai sekarang....

.....malam berhantu tu



BERSAMBUNG>>>>>>>>>>>>>>>>


Tuesday, May 31, 2011

CATATAN SEORANG MEROYAN

Jam menunjukkan tepat pukul 1.07 pagi waktu entry ini mula-mula ditulis. Lama. Lama sangat. Lama sangat rasanya aku tak update blog cikai aku ni. Malas. Malas sangat. Malas sangat nak update plus aku tak beridea bernas langsung untuk merepek di sini dan hari ini dengan segala kudrat tulang empat kerat yang aku ada, aku gagahkan juga jemari tembam aku untuk menari sambil mengetuk.ngetuk setiap huruf kat keyboard Acer terchenta aku ni. Eceh!!...

Banyak mende jadi sementara tak update blog ni...benda-benda yang jadi itu semestinyalah selain daripada aktiviti gi praktikal, gi makan, g tido, gi mandi, g minum, g kencing dan lain-lain lagilah. So, tak nak cakap banyak...cerita jelah terus..(aku terasa macam ayat-ayat aku berperasaan lemau...heh!)

1. PRAKTIKAL? HABIS SUDAH!!!
    Yes! Bangga, suka, terharu, gembira dan teruja sebab akhirnya dah selesai sudah practical course aku selama setahun yang bukan sahaja menyeksa jiwa dan raga, tetapi juga menyeksakan otak dan badan aku. Habis, dah habis dah praktikal. Lama siot praktikal kat hospital Melako tuh..setahun tuh macam-macam jadi. Sekarang sume dah settle, aku nak enjoy..sebelum sambung belaja lagik..hah? sampai tua kot aku belajar jek..heh!

2. MAKAN ITU PASTI
    2, 3 hari before abes praktikal year aku yang cam hell tu (walopun banyak gak dapat belajar...), aku ngan geng-geng praktikal kat hospital Melako tu pon buatlah aktiviti makan-makan sikit..er..bukan sikit tapi makan banyak-banayk kot...tengok jelah gamba kat bawah..terserlah kegelojohan aku membaham makanan di Seoul Garden.


     Memang kenyang wa cakap lu! Semua orang memang ada perut sampai 4 bahagian macam lembu tu. makan macam setan kot..erk..tak..makan macam manusia yang disampuk setan..heh.... Rasanya, malam yang nilah pertama kali aku rasa macam puas makan kat Seoul Garden..selama ni, manjang tak puas je..dasar kuat makan betul aku ni....

3. AKU, BOLA dan FUTSAL
    Ceh! First time aku cakap kat Along ngan Bang Cik aku yang aku main futsal, dia orang telah memandang sinis dan mentertawakan aku dengan nada yang hina...(tak, aku saja je tulis camni untuk nampak dramatik sikit)...tapi memang dia orang gelakkan aku..tak percayalah tu!. Ceh, walopun aku ni kecik sikit je daripada si Dottie tu tapi jangan ingat aku tak pandai nak main futsal eh..ceh!...tak sikit punya semangat ke aku siap beli lagi kasut futsal kat Parkson dengan harga RM50 je...terima kasih sebab buat jualan penghabisan stok akhir tahun Mr. Parkson(takde makne aku nak beli kasut ratus-ratus hinggit tu)...dan pertengahan bulan lima aritu, aku jadi wakil kolej ke Sukan-sukan Kolej Bersekutu UiTM @ SUKOB...masuk futsal lah kan, takkan aku masuk lontar peluru pulak..dan akhirnya team aku tak kalah..tapi kitorang tak menang..itu je...malas nak explain..sedeh!


4. AKU JADI CIKGU? PERSONAL TUTOR TU!
    Pagi Jumaat ari tu, telefon bimbit jenama NOKIA aku yang kalau baling dekat dinding sekuat hati pon, confirm tak rosak tu telah berbunyi..tanda ada orang call. Hati aku cam sedih bila tengok yang call tu Along aku a.k.a aka sulung aku..cit! aku ingatkan pakwe aku call..(walopun aku takde pun pakwe..haha)...dan start dari hari itulah aku dilantik secara rasmi jadi tutor tolong ajarkan anak sedara aku iaitu anak Along aku, si Apis tu. Dia dah nak PMR tahun ni tapi belajar macam budak tadika.....susah yang amat!!!..Disebabkan Along aku dah fed-up nak antar si Apis tu gi tusyen yang mahal tapi dia punya improvement cam hampeh, dia decide suruh aku je yang ajar budak Apis tu..heheh..aku no hal, lagi-lagi bila ado gaji ni..Aku on jeh...Nama pun tengah bercuti dan bersantai kan....siaplah kau Apis..kau mesti tak suke Mak Su kau ni ajar kau...memang bersilatlah aku nanti

Arghh! tensen bila dapat tahu entry aku ni tak best pon...tapi takpelah...kalo ade orang sudi baca pon kira Alhamdulillah!!....bilalah aku nak jadi blogger fofuler nih..hahah..perasan..

Adios!!






Followers ~ Anak2 Ketam

Emotion Levelita~