Alkisah, aku ada kawan, si Safrah. Semalam pulak tah macam mana adalah birthday dia. HEPI BIRTHDAY SAP!!! Pakwe dia dengan romantiknya telah mengadakan majlis makan-makan ayam BBQ di pantai Pengkalan Balak malam semalam tetapi sebenarnya bukan malam tapi tengah malam nak ke pagi bute. Kamilah orang gila yang dah macam zombie bila berBBQ pukul 2-3 pagi dan pada pukul 3 pagi juga aku mencari toilet sejauh 150 meter untuk terkencing disebabkan toilet yang berdekatan penuh dengan tahi sama ada tahi manusia atau haiwan bergelimpangan di lantai sampai aku rasa sesak nafas!
Sebenarnya bukan cerita pasal aku nak terkencing atau cerita pasal tandas yang penuh dengan tahi di sini sana tapi aku just nak mencoret sedikit perkara yang auta saja lebih tapi fakta tah ke mana.....esh..malas nak cakap, so bacalah kepada yang sudi..huhuhuhu......
ALKISAH SATU
Auta :
Orang kata aku ni sombong tetapi orang yang selalu kata tu orang lelaki..perempuan suma kata aku baik dan peramah..hahahha
Fakta:
Sebenarnya aku ni tak sombong...peramah lagi lah suka menemuramah..baik lagi gitu...bukan nak pujilah..tapi aku memang suka bajet kerek dan sombong macam cicak kubing kalau dengan orang jantan..sebab?? Sebab aku tak suka gedik...aku rasa kalau dengan lelaki tak kenal, tak kuasa nak mesra macam dah kenal 1000 tahun..tapi dengan kawan2 lelaki yang dah lama kenal atau yang baru kenal tapi boleh get along ngan aku, aku on je..tut...tut...
ALKISAH DUA
Auta :
Banyak orang tak caya aku ni single-mingle, available, belum berpunye dan belum di cup oleh sesape. Ni yang buat aku angin dan rasa macam nak bom orang!
Fakta:
Sebenarnya, yang cakap tu...sedare-sedare aku takpun kawan-kawan mak aku. Biasalah, seorang perempuan berumur 22 tahun di zaman serba moden, canggih, teknologi di hujung jari dan urban ini, adalah amat pelik dan jelik jika masih single tanpa ada cowoknya! Itulah sebenarnya pemikiran mak cik-mak cik ni...asal umur cam aku ni je mesti dah nak kahwin lah, nak tunanglah....asyik-asyik tanya "Dah ado boipren ko?" "Yang ni bilo lagi nak langsungnyo?" Apa dia ingat cari bakal suami itu macam cari baju bundle ke? Aku muda g ah!!!(ayat tak puas hati dari wanita single)
ALKISAH TIGA
Auta:
Orang perempuan berasal dari Negeri Sembilan = kuat marah + garang + queen control + gila harta
Fakta:
Sebagai anak jati Negeri Sembilan Darul Khusus yang terchenta, bukanlah kami ini perempuan ganas dan kasar seperti Xena the Warrior Princess (contoh yang tak ada kaitan...sorry)...tapi kami ini sebenarnya keturunan perempuan yang tidak suka ditindas, tidak mahu lembik-lembik (asal orang cubit sikit, menangis...asal orang cuit sikit, jatuh...alahai..lemah aku!) Kami sebenarnya perempuan yang kuat berdikari..hahhahha..sikit punya bagus kalau dapat bini tough macam ini..sure lelaki-lelaki di luar sana setia pada yang satu...tak mahu yang lain!!!!(iklan pantene Anggun dengan suara Vanidah Imran)..pasal harta tu, bukan kita orang yang mata duitan, dah nama pon adat pepatih..takkan nak langgar adat...tak bagus gtu!
ALKISAH EMPAT
Auta:
Perempuan itu...melecehkan, terlalu kompleks dan banyak songeh!
Fakta:
Perempuan itu cermat, teliti dan berhemat tinggi sebenarnya! Bukan suka-suka kami ni nak banyak songeh tapi setiap songehan kami itu membawa kepada sejuta erti positif yang menbahagiakan semua orang. Aku bagi contoh;
Tersebutlah kisah seorang budak perempuan bernama Rosnah Karin, bersiap di hadapan cermin untuk ke sekolah. Dia melihat rambutnya yang panjang mengurai dan mengerbang-ngerbang mengalahkan pontianak Jumaat Kliwon yang selalu di war-warkan rakyat Indonesia itu. Rambutnya juga basah. Akhirnya, dia mencapai getah rambut dan sikat lalu berlari ke arah dapur berjumpa ibu dan ayah.....dan si ibu dan ayah berkata;
Ayah: Moh sini ayah ikat rambut kamu tu
(Ayah mengikat rambutnya yang basah tanpa disikat)
Ibu:How dare you ayah? Rosnah Karin, pi keringkan rambut dengan hair dryer cap Samsut yang ibu beli dekat Court Mamai tu. Lepas tu mai dapur balik, ibu sikat rambut kamu yang mengalahkan Lion King tu dan ikat cantik-cantik macam nak pergi birthday party.
Ayah: Yo Yo Ooo!
Kalau aku jadi Rosnah Karin, mesti aku dengar cakap ibu aku. Ada ke nak pergi sekolah dengan rambut yang tak sikat, basah lencun dan terus di ikat tanpa dikeringkan. Walaupun bukan semua orang ada hair dryer, sekurang-kurangnya usaha gigih la juga nak keringkan rambut tu..takpun toksah ikat dulu, tunggu kering baru ikat. See? Perempuan bukan leceh tapi cuma teliti. Rosnah Karin mesti lebih dihormati di sekolah kalau datang dengan rambut yang kemas bukan rambut yang lemas!
ALKISAH LIMA
Auta:
Orang semua ingat aku nurse bila aku cakap "saya pelajar yang sedang praktikal di Hospital Melaka"....weh..pleaseeeelahhhh!!!
Fakta:
Perhatian semua rakyat jelata,.....gue bukan suster ya kalian semua! Gue ini belajarnya farmasi...kaitannya dengan obat-obatan..ngak adanya jadi suster dong!! Sikap orang dekat Malaysia, asal cakap keja atau praktikal dekat hospital ingat jururawat....rakan-rakan, di hospital tu banyak lagi profesion lain selain jururawat..ada doktor, ahli fisiologi, pegawai sains, pembantu perubatan, pegawai dietitik, pegawai farmasi, pembantu farmasi,cashier kantin hospital....jadi sila bertanya lanjut sebelum ada cuba meneka-neka yang bukan-bukan.